CEO KWSP: Tiada Syarat Pengeluaran KWSP AKAUN 1
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

CEO KWSP: Tiada Syarat Pengeluaran KWSP AKAUN 1

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 3, 2020
pada 12:04 PM

Melalui video temuramah bersama CEO KWSP hari ini, beliau menjelaskan beberapa perkara mengenai kekeliruan syarat yang dieluarkan bagi pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1.

Sedutan dari video temuramah tersebut, beliau menjelaskan bagi Kategori 1:

1. Siapa yang tiada caruman selama 2 bulan berturut-turut, secara automatik akan mendapat kelulusan.

2. Mereka yang mengalami potongan gaji 30% dan keatas, secara automatik akan mendapat kelulusan.

 

Tonton video temuramah DISINI

 

Tambah beliau lagi, bagi ahli yang tidak mempunyai dokumen sokongan, boleh ke pejabat KWSP yang terdekat untuk menceritakan masalah dan meneliti permohonan.

“Pembayaran pertama bagi pengeluaran akaun 1 akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021” - ujar CEO KWSP, Alizakri Alias

Cara-cara permohonan pengeluaran KWSP Akaun 1 BACA SINI

 

Sumber: AWANI, MySumber