Esok dijangka jalan sesak teruk semua pakat rentas negeri balik kampung. 5 perkara ini wajib korang buat sebelum rentas negeri!
# Trending Semasa

Esok dijangka jalan sesak teruk semua pakat rentas negeri balik kampung. 5 perkara ini wajib korang buat sebelum rentas negeri!

post by MJ

by MJ

Oct 13, 2021
pada 8:55 AM

Esok dijangka jalan sesak teruk semua pakat rentas negeri balik kampung. 5 perkara ini wajib korang buat sebelum rentas negeri!

Penulis : Nurliyana Binti Norhamizan

Bagaikan menunggu pengumuman hari raya kali kedua apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Bin Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri setelah kadar vaksinasi lengkap individu dewasa telah mencapai 90 peratus pada Ahad lepas.

Ramai netizen yang meluahkan rasa syukur, gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing setelah PKP yang sangat lama. Esok dijangka jalan akan mulai sesak apabila kebanyakan netizen bercadang untuk rentas negeri pada hujung minggu pertama setelah kebenaran merentas negeri diberikan.

Namun, harus diingatkan sebelum merentas negeri ada beberapa perkara penting yang harus diambil kira agar dapat kita pastikan kesemua kesayangan kita terhindar dari Covid-19.

1)  Lengkap dua dos vaksin.

Pastikan sudah cukup tempoh 14 hari selepas mendapat dos kedua ya untuk vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazaneca. Kalau belum complete lagi 14 hari korang masih belum dikira lengkap, so kena tunggu dulu okay?

2)  Lakukan saringan Covid-19 sebelum pulang ke kampung.

Bertanggungjawablah terhadap orang sekeliling korang, jangan jadi pembawa virus dalam senyap. Sebaiknya, lakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen secara kendiri. Kit ujian kendiri Covid-19 juga boleh dibeli daripada farmasi yang telah berdaftar.

3)  Pastikan minyak kereta penuh dan kereta telah diservis.

Biasalah dah lama kereta tak berjalan jauh kan, pasti ada yang dah semput. Pastikan kereta korang dah servis untuk perjalanan yang lebih selamat. Penting juga untuk memastikan minyak kereta diisi penuh, supaya dapat melancarkan perjalanan balik kampung korang. Elakkan untuk berhenti di RnR atau stesen minyak yang ramai orang.

4)  Bawa peti kecemasan dan kit perlindungan diri

Nama pun endemik kan? Mestilah kita kena sediakan payung sebelum hujan. Jangan lupa bawa sekali ubat-ubatan, facemask berlebihan, hand sanitizer bersama. Teruskan untuk menjaga SOP dengan pemakaian facemask apabila berada di kawasan yang padat. Mencegah itu lebih baik bukan?

5)  Buah tangan untuk keluarga

Lahhh, kan dah lama tak balik kampung, tak kan nak balik dengan tangan kosong je kan? Tak best pula rasanya. Apa kata korang balik dengan buah tangan untuk keluarga. Tak kisah lah hadiah apa pun, makanan atau manisan pun okay, mesti keluarga korang akan lebih seronok!

“Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19"- YAB Perdana Menteri

Selamat merentas negeri semua!