Gadis Ini Terpaksa 'Reject' 2 Daripada 7 Tawaran Interview  Sebab Buat CV Mantap!
# Pengetahuan Pekerja

Gadis Ini Terpaksa 'Reject' 2 Daripada 7 Tawaran Interview Sebab Buat CV Mantap!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Jan 17, 2020
pada 1:44 AM

Apa yang di katakan oleh graduan muda yang lebih dikenali sebagai Malissa Ali  ini ada logiknya, jika majikan mahukan seseorang yang dah tahu dalam sesebuah kemahiran itu untuk dapat kerja. Majikan mahukan seseorang graduan muda yang ada sikap 'willing to learn' memandangkan diri mereka masih 'kosong' lagi.

Tak kisah kalau nak kerja dalam apa jua bidang sekalipun, penghasilan CV sudah semestinya memainkan peranan penting dalam 'memperkenalkan diri' kepada majikan.

Jadi, dengan penghasilan resume/CV mantap graduan muda ini, dia menerima 7 panggilan interview. Oleh itu, gadis ini kongsikan CV miliknya yang boleh dijadikan panduan kepada anda yang sedang mencari peluang kerja.

"My Latest CV"

( Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas )

Mungkin dengan penghasilan CV yang mantap inilah, Malissa menerima 7 tawaran interview kerja, dan terpaksa tolak 2 daripadanya. Menurutnya, setelah menjalani beberapa sesi interview bersama majikan, Dia menyedari jika majikan inginlkan seseorang calon itu TAHU dalam mengendalikan kerja, sudah semestinya majikan akan cari orang yang berpengalaman

"I realized one thing. Employers don’t search for a graduate who knows, but is willing to learn."

Baginya, sebagai seorang graduan muda, majikan biasanya lebih gemar meminta CV berbanding Resume.

Jadikan sepertimana yang dilakukan oleh graduan muda ini sebagai panduan kepada diri anda yang lain terutamanya golongan dama yang sedang mencari peluang kerja memandangkan penghasilan CV ini masih baru, jadi nampak lah lebih updated. Kami yakin, sebagai 'pendatang baru' sudah semestinya anda rasa keliru dan buntu nak hasilkan CV kan?