Gardenia Naik Harga Bermula Disember 2020
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Gardenia Naik Harga Bermula Disember 2020

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 1, 2020
pada 6:43 PM

Sebut pasal Gardenia, siapa je yang takkenal. Mas bulan April baru ni, orang siap kejar lori Gardenia lagi untuk dapatkan stok. Tapi baru-baru ni, Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) telah membuat kenyataan untuk menaikkan harga untuk beberapa produk mereka susulan daripada kenaikkan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta. Kos pembungkusan juga turut meningkat pada masa ini.

Sebelum ni pihak Gardenia telah menyerap kos-kos tersebut. Tapi pada masa kini, Gardenia tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula kos dan harga bagi produk dorang.

Antara roti yang naik harga. -Gardenia

Kenaikkan harga roti adalah sekitar 5 sen hingga 20 sen. Ini adalah antara roti yang akan mengalami kenaikkan harga:

Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto

  • Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis, Fluffy Red Beans

  • Toast’em Delicia Butter Raisin

  • Butterscotch

  • Choco Raisin

  • Raspberry Milk & Cranberries

     

    Agak-agak lepas harga roti naik ni, korang kejar lori Gardenia lagi tak?