Dihina Sebab Ada sijil Master, Tapi bekerja sebagai penjual nasi lemak. Lelaki Ni Dedahkan Gaji Masyuk!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Dihina Sebab Ada sijil Master, Tapi bekerja sebagai penjual nasi lemak. Lelaki Ni Dedahkan Gaji Masyuk!

post by MJ

by MJ

Oct 19, 2021
pada 7:44 AM

Ada satu kisah benar ni, dia adalah lepasan Master. Tetapi berniaga nasi lemak di jauh di pendalaman kampung halaman. Bukan taknak berhijrah ke bandar. Tetapi nak mula penghijrahan tu sudah pasti kos memang tinggi. So beliau ambil keputusan untuk bekerja di kampung. Namun apabila anda mempunyai sijil master., di kampung syarikat apa je ada melainkan kedai kedai runcit?

Dalam Episod #MauLuah097. Min tertarik dengan kisah beliau, menceritakan kisah sijil master tersimpan dalam fail dan berniaga. tapi ending dia pun.... smiley

Saya takde apa pun nak luah, cuma nak bercerita. Saya ni lepasan master, nak sambung PHD dah tak sanggup nak belajar. Satu lagi saya ni bukan lah orang kl atau bandar bandar yang senang dapat kerja. orang kampung je min. jauh di pendalaman. So nak dijadikan cerita, bayangkan lah kau ada master tapi nak cari kerja kat kampung pendalaman, mana tak takut orang nak hire. takut satu hal, lepastu jenis company takut kita demand tinggi sebab ada master.

so dah setahun saya ni meniaga nasi lemak je pagi pagi. Master saya? tersimpan jelah dalam fail. silap haribulan tak cukuo kertas, dah boleh jadi ketas balut nasi lemak dah sijil master saya. bukan saya taknak berhijrah pergi bandar, nak memula kan hidup dekat bandar bukan ada pendahuluan 100-200 cukup. palig tidak kene ada ribu sebab nak kene sewa bilik la makan la sebelum dapat gaji.

kadang malu jugak dengan kawan kawan dekat kampung ni. yelah ada master tapi meniaga nasi lemak je pagi pagi. jenis dulu mak saya pulak suka bercerita saya ni budak pandai belajar sampai master. sudah nya ni duduk meniaga nasi lemak jelah.

tapi apa pun saya tak boleh buat apa. dah nasib orang kampung. kalau kerja pun ada kerja kedai runcit, kedai bundle la. takpela meniaga nasi lemak pun okay juga. kerja pagi je. boleh la beli kete honda min walau duduk pendalaman...

so mana yang kata meniaga nasi lemak je? harap korang chill ya sebab income not bad tau, asalkan rajin bangun 2-3 pagi. okay! thanks min!

Pengakhiran dari kisah ini, apa yang kita boleh dapat?

Dalam hidup ni kita kena berani, macam brader ni punya cerita. Belajar sampai master. Tapi berani ubah haluan kerjaya menjadi peniaga. Kedua bagi min, keberanian dia. Dia ada sijil yang tinggi, tak malu pun untuk berniaga nai lemak. gituu.