HR Manager Ini Kongsi 'Resepi' Cara Nak 'Tackle' Interviewer Masa Temuduga
# Pengetahuan Interview # Trending Semasa

HR Manager Ini Kongsi 'Resepi' Cara Nak 'Tackle' Interviewer Masa Temuduga

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 22, 2021
pada 8:42 AM

Jika bercakap tentang tips interview, tak perlu susah-susah, google saja 'Tips Interview' di internet dan bersepahlah jawapan yang keluar. Walau bagaimanapun, tak semua jawapan yang diberikan memenuhi kehendak calon yang bakal menghadiri interview nanti. 

Kami sering mendapat banyak soalan berkenaan dengan interview kerja di inbox FB & Twitter kami. Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan yang diajukan, team Maukerja mengambil peluang dengan menemuramah Puan Marlia Ramli, seorang HR Manager yang sering berkongsi hal-hal berkaitan kerja dan panduan menguruskan kewangan menerusi akaun rasmi FB beliau. 

Semoga hasil temuramah ini dapat merungkai segala pertanyaan yang terbuku dalam diri korang selama ni. 

 

1. Contoh soalan yang selalu ditanya oleh interviewer tetapi calon masih lagi gagal untuk jawab ketika hadir temuduga kerja. Boleh sertakan sekali dengan jawapan tepat yang seharusnya dijawab oleh calon. 

Antara soalan yang kerap ditanya ketika sessi temuduga adalah kenapa mahu memohon pekerjaan yang lain? Dalam kebanyakan masa, sebilangan calon cenderung untuk memberikan jawapan berbaur negative seperti pekerjaan sekarang tidak best, bos tidak bertimbang rasa, gaji semasa terlalu rendah atau penat kerana pekerjaan sekarang memerlukan staff balik lewat. Jawapan sebegini sebenarnya mengurangkan point kerana penemuduga mungkin memandang calon sebagai tidak kental, memilih, tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja atau tidak sanggup bekerja lebih masa.

Jawapan yang terbaik sepatutnya berbunyi positif seperti permohonan kerja di tempat baru adalah bermatlamat untuk mendapatkan pengalaman baru dalam industry tertentu, mencabar diri dalam kemahiran tertentu atau calon telah melawat website company yang dihadiri temuduga dan mendapati syarikat ini sangat kukuh menyebabkan calon ingin menyertai team ini agar dapat mempelajari system kerja yang lebih berstruktur. Elakkan memburukkan sesiapa atau mana-mana syarikat semasa proses temuduga. Ini memberikan reflect yang kurang baik kepada calon itu sendiri.

 

2. Bagaimana seseorang calon temuduga boleh tarik perhatian/tackle interviewer? (kriteria yang dicari oleh interviewer)

Komunikasi, komunikasi dan komunikasi. Kemahiran teknikal dalam jawatan tertentu dan kemahiran berkomunikasi adalah perlu diselarikan. Calon haruslah memiliki kemahiran teknikal dan juga soft skill. Keyakinan calon semasa menjawab soalan adalah sangat penting juga. Selain itu, penemuduga gemarkan calon yang tidak banyak songeh dan flexible. Ini bermakna calon bersedia jika perlu balik lewat, perlu travel, perlu transfer dan sebagainya.

Selain itu, gerak tubuh atau body language juga adalah penting, Calon haruslah terlihat tenang, bersedia, tidak gugup dan mampu memberikan jawapan secara instant and logic.

 

3. Ada tak contoh situasi di mana bekas pekerja pernah diberhentikan kerja atas alasan yang tak munasabah? 

Bagi sesebuah syarikat yang berstruktur dan mematuhi akta kerja 1955dan garis panduan yang ditetapkan, pekerja akan melalui proses yang telus sebelum dipecat. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, saya akan memastikan sebarang pemecatan pekerja haruslah beserta sebab dan prosedur yang bersistem. HR memainkan peranan penting untuk memberikan khidmat nasihat kepada majikan dan memastikan juga bahawa pekerja faham sebab-sebab pemecatan. Dokumen dan segala rekod haruslah diperincikan agar meudahkan rujukan antara majikan dan pekerja di masa hadapan.

 

4. Apakah prosedur bagi sesebuah syarikat untuk pecat pekerja yang bermasalah?

Saya berpendapat bahawa setiap kes perlu diadili dan setiap pekerja berhak untuk didengari. Memecat pekerja atau termination adalah hukuman paling berat bagi sesebuah employment. Maka, kes-kes yang terlibat seharusnya adalah kes major misconduct atau kesalahan-kesalahan besar seperti pecah amanah, terlibat dalam pergaduhan, kecurian harta benda syarikat, pengambilan dadah terlarang, penyalahgunaan alcohol ketika bertugas dan sebagainya. Sekiranya perlu, HR boleh juga membuat laporan polis bagi tujuan tindakan siasatan dan bukti rekod.

Walau bagaimana pun, kebiasaannya syarikat akan memberikan “hak untuk didengari” kepada pekerja melalui show cause letter. Dalam tempoh siasatan, kebiasaannya pekerja akan digantung tugas dengan separuh pembayaran gaji. Jika pekerja didapati tidak bersalah atau berjaya menjustifikasikan tuduhan dengan bukti yang relevan, bayaran gaji separuh tersebut akan dibayar semula dan tuduhan akan ditarik balik.

Namun, jika defendan/ pekerja gagal menjustifikasikan tuduhan melalui surat jawapan “show cause letter”, maka HR akan membawa kes kepada Perbicaraan Dalaman atau Domestic Inquiry bagi pembacaan kes. Juri yang dilantik akan menilai segala bukti dan aspek sebelum menjatuhkan hukuman samada bersalah atau sebaliknya. Ya, secara keseluruhannya, sebelum dipecat pekerja perlu diberikan hak untuk didengari dan diadili berdasarkan bukti-bukti yang ada.

 

5. Apakah perangai atau attitude seseorang pekerja yang paling bos tak suka?

Bos juga adalah manusia biasa dan setiap bos memiliki cara juga expectation yang berbeza. Dalam erti kata lain, lain padang lain pula belalangnya. Namun secara amnya bos sangat menyukai pekerja yang ringan tulang, pro aktif, memiliki semangat teamwork yang tinggi, mampu menyelesaikan masalah secara positif, melihat kepada penyelesaian berbanding masalah dan berdisiplin dari segi pengurusan masa yang baik.

Berbalik kepada apakah antara attitude yang kurang disukai bos adalah staf yang tidak mematuhi arahan, gemar memberikan alasan bila ditugaskan dengan tugasan baru, melihat masalah melebihi penyelesaian, gagal menguruskan masa dengan baik, terlalu individualistic juga mengelak untuk bekerja dalam kumpulan, kaki komplen, gemar  menangguhkan kerja dan selalu mengulangi kesalahan yang sama berulangkali.

 

6. Adakah department HR adalah department yang paling dibenci oleh staf lain? Pernah tak ada pengalaman diboikot? (Pengalaman pahit sebagai seorang HR)

Saya tidak menyangkal bahawa HR Department kurang digemari oleh staff lain. Namun bukanlah semua staff melayan HR dengan buruk. Alhamdulillah, saya berpegang kepada konsep, pekerjaan apapun tetap tidak akan memuaskan hati sesiapa.

Anggaplah pekerjaan sebagai ibadah dan segala-galanya akan baik-baik saja. Saya pernah menguruskan ratusan pekerja asing yang bermacam ragamnya, tersangkut di KLIA jam 2 pagi, dihalau oleh waris pekerja yang meninggal dunia, kes sexual harassment dan kes-kes berat yang lain. Namun ini semua tidak pernah dianggap sebagai pengalaman pahit kerana pekerjaan sebagai HR adalah sesuatu yang saya minati semenjak 14 tahun lepas. Jika kita menyayangi pekerjaan sepertimana kita menyayangi hobi, segala pengalaman samada pahit ataupun manis akan diambil sebagai proses pembelajaran.

Pengalaman diboikot oleh staf tidaklah pernah saya lalui. Kerana secara peribadi, saya sendiri jarang bergaul dengan staff lain di waktu rehat atau selepas waktu kerja. Segala urusan dan perbualan harian adalah berlandaskan kepada urusan pekerjaan dan professional semata-mata. Di masa luar kerja, saya mempunyai lingkungan sahabat saya yang lain dan kami bebas untuk bercakap sebarang topik yang kami gemari.

Ini adalah penting utnuk HR menjaga perhubungan dengan staff bagi melindungi kedua-dua pihak agar tidak ada sebarang perbualan yang dijadikan isu di kemudian hari.  Insya’allah…

 

7. Soalan terakhir, ada pihak yang mengatakan 'lompat kerja' bagus sebab boleh tingkatkan gaji dua kali ganda. Apa pendapat Puan? Adakah bagus ataupun tidak 'lompat kerja' ni?

Ya dan tidak. Ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan calon tersebut untuk adapt kemahiran dan soft skill dalam new environment. Sekiranya calon mahu melompat kerja atas tujuan gaji semata-mata, selepas tahun ke-10 bekerja, calon akan mendapati jawatan nya mungkin stuck dalam gred tertentu sahaja. Namun ada juga kes bagi calon yang benar-benar berkebolehan, lompat kerja mampu memberikan peluang yang lebih cepat.

Namun, seperti yang saya selalu ingatkan, calon itu sendiri haruslah memiliki soft skill and technical skill yang mantap bagi bidang kerjaya yang diceburi. Bagus atau tidak untuk lompat kerja adalah bergantung kepada dua perkara ini.

Di dalam resume, jika terlalu singkat tempoh bekerja contohnya setiap 6-12 bulan bertukar kerja, ini digelar sebagai “job hooper” dan soalan ini pasti akan ditanya semasa di bilik temuduga. Maka, calon haruslah mampu menjustifikasi sebab dan membuktikan bahawa diri layak untuk mendapat peningkatan gaji dalam bentuk gandaan.

 

Tambahan: Wallah’huallam dan sekian dulu pandangan saya. Sukacita dimaklumkan bahawa pendapat saya adalah sebagai HR Manager secara peribadi dan ianya langsung tidak mengambarkan prinsip-prinsip syarikat atau mana-mana institusi.