Lesen Motorsikal P& L FREE Bermula Hari Ini! Daftar Sekarang Tarih Tutup 5 Mac, Ini Cara Mohon!
# Gaya Hidup

Lesen Motorsikal P& L FREE Bermula Hari Ini! Daftar Sekarang Tarih Tutup 5 Mac, Ini Cara Mohon!

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Mar 2, 2020
pada 12:17 PM

Semua orang memang mengimpikan nak ada lesen motosikal ataupun kereta. Sebab senang nak pergi ke mana-mana tak ada lah kena tahan polis atau jpj kan.

Untuk makluman lesen FREE ini hanya diberikan KHAS untuk rakyat Terengganu sahaja atas program Lesen motosikal Terengganu Sejahtera. Untuk kelayakan anda boleh tengok syarat-syarat ini.

1.First korang kena pergi ke laman web ini dan masukan no ic

Masukan maklumat peribadi sehingga selesai apa yang dia mahukan. Daripada No 1- 6

Untuk memohon secara manual, terdapat beberapa dokumen yang perlu diserahkan MPKK antaranya:

  • Kad Pengenalan
  • Slip Gaji / Pengesahan Tempat Belajar
  • Jika tiada slip gaji perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim
  • Pemohon OKU mesti mengepilkan bersama salinan Kad OKU

TENTANG IDANA TERENGGANU

iDANA Terengganu merupakan skim bantuan kerajaan negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki lesen motor percuma.

 Syarat Kelayakan

Lesen Motor Terengganu Sejahtera (LMTS)

1.

Permohonan MESTI diisi melalui ATAS TALIAN (ONLINE) menerusi pautan idana.terengganu.gov.my atau MANUAL.

2.

Peserta program MESTI berumur 16 tahun 1 hari (cukup bulan) hingga 40 tahun dan program ini untuk Lesen Motosikal (B2) sahaja semasa tarikh permohonan atau pada 11 Mac 2020 jam 23.59 malam.

3.

Program ini terbuka kepada mereka yang berstatus bujang mahupun telah berkahwin.

4.

Peserta mestilah Anak Jati Negeri Terengganu atau individu yang bermastautin lebih 10 tahun (pengesahan MPKK diperlukan).

5.

Program untuk peserta kali pertama SAHAJA dan bukannya untuk program susulan atau telah gagal menyertai program tahun sebelum atau mengikuti secara pensendirian dan permohonan yang tahun 2019 namun tidak ditawarkan PERLU mengisi kembali borang.

6.

Pendapatan peserta yang berkerjaya MESTI tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan berdasarkan gaji pokok.

7.

Latihan atau kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) dalam negeri SAHAJA dan peserta perlu menghadirkan diri di tempat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

8.

Borang permohanan perlu dicetak dan diserahkan kepada MPKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut:
i) Kad Pengenalan Pemohon
ii) Slip gaji @ Pengesahan Tempat Belajar (mana-mana yang berkaitan) atau
iii) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim.
  *Pengisian borang tidak lengkap atau dokumen tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan terbatal dengan sendiri.

9.

Pemohon mestilah menjelaskan terlebih dahulu saman JPJ dan POLIS serta Kes Mahkamah sebelum memohon menyertai program ini. Senarai tersebut boleh dilihat di portal rasmi JPJ dan PDRM.

10.

Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri adalah kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans SAHAJA tidak termasuk kos yang dikenakan oleh Institut Memandu(IM) kepada peserta seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
  *Kerajaan negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.