“Mana ada pilih kerja, ada je peluang kita rembat.  Hina ke tak ada kerja tetap?
# Jenis Pekerjaan

“Mana ada pilih kerja, ada je peluang kita rembat.  Hina ke tak ada kerja tetap?

post by MJ

by MJ

Sep 19, 2021
pada 1:30 PM

“Mana ada pilih kerja, ada je peluang kita rembat.  Hina ke tak ada kerja tetap?

Ditulis oleh: Nur Syamila Binti Kamarul Arefin

 

Jika dahulu graduan universiti yang berkelulusan diploma atau ijazah amat mudah untuk mendapatkan pekerjaan tetap di sektor kerajaan atau swasta tanpa ada banyak persaingan dengan kelulusan yang sedia ada. 

Namun ramai orang mengatakan graduan sekarang  memilih kerja.  Tak sama sekali, sepatutnya isu ini patut dipadamkan. Berpijak di bumi nyata. Jenguk-jenguklah di mana graduan ini bekerja sekarang. Jangan main cakap saja.

Sebabnya, pergilah di mana-mana pusat beli-belah, restoran atau perkhidmatan e-hailing sendiri, ramai graduan bekerja di sana.

Saya sendiri sebagai anak muda faham dan melihat dengan mata sendiri situasi ini dan berbual dengan beberapa graduan muda yang menceritakan bahawa peluang pekerjaan terhad dalam bidang itu dan kena berebut-rebut dengan graduan lain, jadi terpaksa mencari pekerjaan lain dahulu untuk mendapatkan wang bagi meneruskan hidup.

Ini kisah Aishah seorang graduan daripada universiti tempatan, sangat gembira dapat melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah di universiti terkemuka dengan pencapaian yang sangat membanggakan.

Namun langit tak selalunya cerah, usai tamat sahaja pengajian di peringkat ijazah lagi-lagi pada era pandamik Covid-19 ini pasti sangat sukar buat graduan baru seperti Aishah untuk mendapatkan pekerjaan tetap yang diidamkan.

Beliau bukanlah seorang graduan muda yang dikatakan memilih pekerjaan dan merasakan perlu kerja dalam bidang dipelajari. Tidak sama sekali, apa sahaja kerja yang ditawarkan pasti diambil untuk menjamin kelangsungan hidup.

“Mana ada pilih kerja. Apa ada kerja kita `rembat’. Sekarang mana boleh pilih kerja. Kerja pun tak ada, macam mana mahu pilih?

Walaupun terpaksa bekerja lebih dari 12 jam demi mencari pendapatan sehari RM110, sanggup berdiri sehingga sakit kaki yang sangat teruk. Sekarang Aishah diberi peluang bekerja sebagai sukarelawan PPV seawal jam 7.30 pagi sudah berada di WTC dan tamatkan kerja seawal jam 9 malam dan paling lewat jam 10 malam. 

Aishah merasakan kehidupan ini tak adil buatnya kerana tiada siapa di sampingnya memberi sokongan. Malahan menghinanya dengan mengatakan:

"Kenapa kau kerja macam ni?

"Kau tahu kan kerja macam ni tak menjamin masa depan?

Ya, betul pekerjaan seperti ini yang dilihat tak masuk pejabat memakai baju pejabat dipandang hina, bekerja di pasar raya, kedai makan semua tidak standard. Tetapi tidak patut dipandang begitu oleh kawan-kawan atau ahli keluarga terdekat.

"Kawan baik sendiri pun boleh hina kita kerja jadi sukarelawan PPV sekarang. Rezeki orang kan lain-lain, ada cepat ada lambat. Patutnya bagi sokongan, siapa je tak nak dapat kerja tetap kan?

Dengan keadaan ekonomi sekarang sebab Covid-19 agak sukar untuk Aishah mendapat pekerjaan kerana tiada pengalaman baru kerana graduan baru kan. Tetapi tolonglah jangan terlalu memandang rendah dan menghina.

"Saya tidak kisah bekerja dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kursus yang diambil. Jika terlalu memilih, sampai bila pun tidak bekerja.

Ini baru kawan, belum ibu bapa yang selalu menghina dan memandang rendah dengan kerja yang dilakukan sekarang. Ini menyebabkan diri kita akan rasa tertekan sangat sampai merasakan hidup tidak berguna lagi.

Sudah banyak permohonan kerja dibuat, temuduga juga banyak dihadiri namun rezeki masih belum menyebelahi Aishah. Pesannya kepada orang di luar sana, janganlah menghina kami yang masih belum mendapatkan pekerjaan tetap. 

"Kepada ibu bapa di luar sana, anda patutnya memainkan peranan penting dengan memberi sokongan kepada kami untuk bekerja apa-apa sahaja, kerana kami keluar mencari rezeki walaupun masih tidak diberikan pekerjaan tetap. Kami tak pilih kerja, dan kami tak malas. 

"Beri kami sokongan dan kekuatan sementara kami masih muda, zaman ibu dan ayah dulu taklah seteruk zaman kami untuk mencari kerja. Cuba fahami anakmu ini. Jangan terlalu mendesak atau menghina kami, kerana kami juga sedih tidak lagi diberikan kerja tetap seperti kawan-kawan yang lain.

Inilah luahan kecil dari Aishah graduan baru yang agak tertekan dengan dirinya sekarang. Namun Aishah tak akan pernah mengalah sehingga dia menemukan kerja tetap seperti kawan-kawan lain.