Warga Kelantan, Untung Sambung Belajar Sini! Yuran & Hostel FREE, Elaun RM1,200 Setiap Bulan Tau!
# Jenis Pekerjaan

Warga Kelantan, Untung Sambung Belajar Sini! Yuran & Hostel FREE, Elaun RM1,200 Setiap Bulan Tau!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2019
pada 3:39 PM

Adik-adik yang tinggal di Kelantan, masih tercari-cari tempat untuk sambung belajar? Nak sambung belajar tanpa perlu bayar sebarang yuran? Apa kata korang mohon dan sambung belajar menerusi program Perantis Sistem Latihan Dual National (SLDN) anjuran McDonald's! Ya, memang yuran 100% PERCUMA! 

Tapi kalau dah tamat pembelajaran, struggle nak cari kerja pulak, kan? Jangan risau, peluang untuk korang dapat kerja sangat cerah kalau korang belajar di sini. Sebab itulah korang kena mohon untuk sambung belajar di sini! Bukan tu saja, korang turut akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM1,200 dan makan pun percuma! Wah, mana lagi nak dapat tempat belajar yang macam ni kan? Beruntung weh!

Tiada tempat tinggal? Jangan risau, hostel turut disediakan dan yang paling best, percuma tau! Kalau korang sambung belajar di sini, memang tak payah fikir apa-apa dah sebab semuanya dah disediakan. Nak mohon? Korang klik terus link permohonan di bawah ni. Mohon terus tau!

 


 

Perantis SLDN

  • Perantis SLDN anjuran McDonald's ini adalah program pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan. Menawarkan perantis pembelajaran didalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan. Selepas program selesai, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). SKM tahap 2 dan 3.

 

Syarat Kelayakan

  • Berumur 17 tahun dan ke atas

  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan

  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf

  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan

  • Warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap

  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira

  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan

  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan inggeris

  • Mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga

 


 


 

Sijil Kemahiran Yang Bakal Diberikan

  • Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Perkhidmatan Makanan (Food Services).

 

Senarai Tawaran Kursus

  • Pelatih akan dibahagikan kepada dua kursus pembelajaran iaitu Penyediaan Makanan dan Layanan & Pentadbiran, berikut adalah bab pembelajaran untuk semua pelatih:

 

(A) Penyediaan Makanan & Layanan :

  • Fast Food Safety - Health & Hygiene Practices
  • Fast Food Equipment Fire Up Activities
  • Fast Food & Beverages Preparation
  • Fast Food Customer Support Services
  • Fast Food Catering & Events Activities
  • Fast Food Cashiering Handling
  • Fast Food Product Receiving & Storing
  • Fast Food Deliveri Activities

 

(B) Pentadbiran :

  • Fast Food Administrative Operations
  • Fast Food Quality Control
  • Handling Customer Complaint In Fast Food Services
  • Fast Food Cash Controlling

 

Sambung Belajar & Jaminan Kerja

  • Berbeza dengan program lain, program SLDN ini membolehkan anda memperoleh ilmu di samping mendapatkan kerjaya selepas tamat pengajian. Sekiranya anda mengikuti program ini, anda bakal mempunyai peluang yang cerah untuk dinaikkan pangkat menjadi seorang Pengurus selepas tamat pengajian.

 

Diberi RM 1,200 Sebulan Sepanjang Latihan & Ditaja 100%

  • Pastikan anda memiliki akaun bank Maybank, kerana bayaran RM 1,200 sebulan akan diberikan kepada pelatih setiap hujung bulan! Bukan itu sahaja, pelatih akan menerima faedah perubatan dari Klik Panel tau! tak cukup dengan itu, ada perlindungan insurans siap dengan makanan percuma lagi!
  • Kursus Keselamatan Makanan juga akan ditaja sepenuhnya, bersertakan suntikan Typhoid.

 


 



 

Manfaat Tambahan

  • Bernilai RM30,000 & Ditaja 100%

  • Elaun RM1,200 

  • Hostel disediakan

  • Faedah Perubatan dari Klinik Panel

  • Pelindungan Insuran

  • Makanan percuma sepanjang proses pembelajaran

  • Kursus Keselamatan Makanan

  • Suntikan Typhoid

  • Sijil SKM tahap 2 dan 3 (akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus)

 


 

Tarikh & Masa: 15 April 2019 (10am-5pm)

Lokasi: McDonald’s Malaysia (HQ)

Alamat:

Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd

Level 12A, Bangunan TH (Tabung Haji),

Damansara Uptown 3,

No 3, Jln SS 21/39,

47400 Petaling Jaya, Selangor.

KL / Selangor

Lokasi Kerja: Sekitar KL & Selangor

 

 


 

Sebelum pergi interview, pastikan korang MOHON DI SINI dulu ya!

Jangan sia-siakan peluang sambung belajar di sini.

Mohon segera!