Amalkan 5 Makanan Ni Untuk Cegah Buah Pinggang Korang Daripada Rosak!
# Gaya Hidup

Amalkan 5 Makanan Ni Untuk Cegah Buah Pinggang Korang Daripada Rosak!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 23, 2018
pada 5:49 PM

Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin tau. Jadi, bayangkan jika buah pinggang terbeban dengan segala toksik, lama-kelamaan ia juga boleh rosak. 

Sebab tu lah, pentingnya untuk kita mencegah kerosakan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan hindari dari menggunakan produk yang merbahayakan kesihatan.

Gara-gara pelbagai kesan sampingan dari produk kecantikan dan kesihatan tanpa iktiraf boleh menyebabkan datang bahaya kepada organ badan. Antara organ yang paling mudah mudarat ialah buah pinggang.

Jadi, ini 5 makanan yang korang boleh amalkan untuk cegah buah pinggang daripada rosak:

1. Ikan

Pastikan ada ikan dalam diet harian korang, lebih baik jika pilih ikan tinggi Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin. Kualiti protein dan lemak ikan dapat melawan risiko sakit jantung dan kanser.

Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Memilih ikan dalam makanan harian mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (GDL).

2. Putih Telur

Sama seperti ikan, putih telur juga mempunyai kualiti protein paling baik bersama asid amino. Kebaikan untuk buah pinggang, putih telur kurang fosforus (elemen kimia) dari sumber protein lain seperti kuning telur atau daging.

3. Kubis Bunga

Kebaikan kubis bunga ialah ia mampu meneutralkan toksik dalam hati yang boleh beri kerosakan pada sel dan DNA. Pengambilan kubis bunga dapat memberi vitamin C dan sumber folat serta fiber pada tubuh badan secara semulajadi.

4. Lada Benggala

Lada benggala merah rendah dalam potassium menjadi ia diet baik untuk buah pinggang. Disamping itu ia mengandungi vitamin C, A, B6 dan asid folik dan fiber. Bukan itu sahaja ia mampu mencegah kanser kerana tinggi antioksida. 

5. Bawang

Tak ramai suka makan bawang, tapi tahukan makanan yang rendah potassium sangat baik untuk buah pinggang. Selain itu, bawang mencegah sebarang keradangan, jangkitan kuman dan boleh membersih buah pinggang korang.

Sementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi!