Apa Perlu Buat Kalau Terima Whatsapp Daripada Bos Lepas Waktu Kerja? Pekerja Wajib Tahu Ni!
# Pengetahuan Pekerja

Apa Perlu Buat Kalau Terima Whatsapp Daripada Bos Lepas Waktu Kerja? Pekerja Wajib Tahu Ni!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 20, 2018
pada 9:29 AM

Baru-baru ni, ada seorang netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kerana syarikat tempatnya bekerja menggunakan Whatsapp sebagai medium untuk menguruskan urusan kerja. Dia meluahkan perasaannya itu menerusi akaun twitter:

 

 

Korang yang bekerja tu pernah berhadapan situasi macam ni tak? Ke hari-hari kena macam ni? Kadang-kadang tu sampai malam pun ada kan? So, bila korang terima Whatsapp daripada bos korang di luar waktu kerja macam ni, apa korang buat? Korang reply atau abaikan je?

 

Ada cadangkan suruh mute group whatsapp kerja

 

Siap dapat notification kerja pukul 2, 3 pagi!

 

 

Tahu tak, sebenarnya majikan tidak berhak Whatsapp pekerja selepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih? Haa buat yang tak tahu tu, korang wajib ambil tahu hak korang sebagai pekerja ni tau.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya. Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan," jelasnya.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.