Atas Dasar Minat, Gadis Ini Kerja Diluar Bidang Kolej Sampai Digelar 'Ratu Keselamatan Google'
# Gaya Hidup

Atas Dasar Minat, Gadis Ini Kerja Diluar Bidang Kolej Sampai Digelar 'Ratu Keselamatan Google'

post by Izuan

by Izuan

Oct 11, 2017
pada 10:32 AM

Kehidupan kita akan menjadi indah apabila rasa minat itu dijadikan kerjaya kita, maka takkan wujud istilah 'kerja' dalam hidup. Walau bermacam-macam dugaan sekalipun pasti dapat dilalui dan ditepis dengan mudah kerana passion terhadap suatu perkara itu menjadi penghadang dalam mengejar cita-cita.

Ada yang sudah memupuk rasa minat itu sejak dari kecil, ada yang mula tibul rasa itu semasa di kolej dan ada pula semasa menerpa kerjaya. Ia bergantung kepada individu tersebut, kami yakin tidak semestinya jurusan yang dipilih itu menepati citarasa kehidupan untuk menimba kerjaya kan? Bahkan ada yang sebaliknya.

Keluar daripada 'zon selesa' berisiko tinggi namun, berkat usaha dan minat pasti akan mendatangkan hasil kelak. Misalnya kisah mengenai seorang gadis yang bernama Parisa Tabriz ini.

Parisa Tabriz, digelar 'Ratu Keselamatan' & 'Browser Boss' Google

(Sumber Foto : Digital News Asia)

Beliau merupakan salah seorang daripada 250 jurutera keselamatan di Google, seorang yang mahir dan cekap dalam penggodaman laman sesawang. Pada tahun 2012, laman Forbes mengisytiharkan bahawa beliau tergolong dalam kalangan Top 30 People Under 30 To Watch in the Technology Industry. 

Sejak menjad ahli pasukan Google pada tahun 2007, beliau menjadi aset utama dalam syarikat tersebut. 

Senjata Utama Google Untuk Jadi Pelindung Utama (Google Chrome) Daripada Ancaman Penggodam Diluar Sana

Kebolehannya Menjadikan Beliau Ketua Jurutera Keselamatan Google Chrome

Graduan Jurusan Kejuruteraan Komputer, Tapi Minat Mendalam Terhadap Dunia Penggodaman Hasilnya....

Sewaktu beliau memulakan pengajian di University of Illinois di Urbana-Champaign dalam bidang kejuruteraan komputer, beliau tidak pernah sentuh komputer langsung, namun selepas laman sesawang peribadinya digodam, minatnya terhadap dunia penggodaman (lebih kearah sains komputer) semakin mendalam. 

Hanya Sebagai 'Intership' Di Google, Kini 'Ratu Keselamatan' Ini Merupakan Aset Paling Bernilai Di Syarikat

Video