Bagaimana Gadis Tanpa Tangan Ini Main Piano? Lepas DIa Tunjuk Terus Rasa Sebak
# Trending Semasa

Bagaimana Gadis Tanpa Tangan Ini Main Piano? Lepas DIa Tunjuk Terus Rasa Sebak

post by Izuan

by Izuan

Mar 27, 2017
pada 12:04 PM

Siapa sangka seorang gadis yang tidak mempunyai kesempurnaan fizikal ini sebenarnya mempunyai bakat diluar jangkauan kita. Secara logiknya, seseorang yang ingin bermain piano haruslah memiliki jari jemari yang lembut untuk menghasilkan irama.

Tapi berbeza pula dengan Lorelai Mosnegutu, gadis yang berumur 14 tahun ini tidak mempunyai tangan, tapi bermain piano menggunakan jari kakinya. 'Kelebihan' disebalik 'kekurangan' yang dibentangkan di khalayak ramai dalam ujibakat Romania's Got Talent telah memukau para juri dan penonton disitu.

Lorelai Mosnegutu

Lebih mengharukan lagi, gadis istimewa ini akui dia telah dibesarkan Mommy Vio" ibu angkat yang membesarkannya sejak bayi berumur 2 bulan disaat dirinya ditinggalkan. Para juri, penonton malah kami sendiri jadi sebak apabila mendengarnya,

Apa yang kita dapat lihat, dengan bakat yang ada pada gadis ini membuktikan kekurangan diri bukanlah penghalang untuk kita mara ke depan. Selain itu, kalau kita berusaha keras pasti akan membuahkan hasil.

Jangan putus asa dalam mengejar sesuatu. Adik ini, sudah cukup menjadi role model untuk memberikan inspirasi kepada kita semua.