Bendera Parti Politik Malaysia Berkibar Di Perlawanan Piala Dunia 2018. Wah Serius Lah?!
# Trending Semasa

Bendera Parti Politik Malaysia Berkibar Di Perlawanan Piala Dunia 2018. Wah Serius Lah?!

post by Aisya

by Aisya

Jun 20, 2018
pada 2:13 AM

Kejohanan bola sepak terunggul, Piala Dunia 2018, yang bermula sejak minggu lalu telah menyaksikan 17 perlawanan di Moscow, Rusia. Bagaimanapun ia masih lagi tak dapat nak padam semangat PRU bagi rakyat Malaysia yang telah diadakan baru-baru ini dimana terdapat salah satu bendera parti politik Malaysia iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) muncul di perlawanan bola sepak berprestij itu.

Foto tersebut telah tersebar luas di media sosial yang menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse sedang mendonggak ke arah langit, ketika pasukannya menentang Poland, dengan latar belakang bendera PKR.

Bendera tersebut dilihat diikat di pagar keluli stadium Spartak Moscow, pada Selasa yang berada disebelah bendera Malaysia. 

Perkara itu membuatkan ramai netizen terhibur dan mengongsi gambar tersebut di media sosial sehingga menjadi tular.