Bersih 'Dashboard' Guna Vaseline & 8 Lagi 'Trick' Cuci Kereta Paling Jimat Korang Boleh Cuba!
# Gaya Hidup

Bersih 'Dashboard' Guna Vaseline & 8 Lagi 'Trick' Cuci Kereta Paling Jimat Korang Boleh Cuba!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 14, 2021
pada 2:14 PM

Siapa yang memiliki kereta pastinya berdepan dengan masalah untuk mengekalkan kereta supaya sentiasa nampak bersih, baru dan cantik. Walaupun dah basuh dengan kerap, namun kereta tetap kelihatan kurang 'cantik' seperti mula-mula dibeli.

Haa di sini kami senaraikan 9 teknik cucian mantap untuk yang ingin kereta sentiasa kelihatan cantik dan baru. 

 

#1 Basuh Kereta Dengan Hair Conditioner

Kebanyakan hair conditioner memiliki kandungan lanolin, iaitu sejenis wax/lilin yang dapat membuat kereta nampak licin!

 

#2 Buang Serangga Yang Korang Dah Langgar Pada Cat Kereta Dengan Cooking Spray

Spraykan cooking spray korang pada bahagian nak dicuci tu, lepas tu lapka dengan kain bersih. 

 

#3 Guna Ubat Gigi Baking Soda Untuk Menghilangkan Kotoran Pada Lampu Kereta

Picit sikit ubat gigi tu atas kain lap lepas tu sapu pada seluruh permukaan lampu. Tindak balas kasar dengan baking soda tu tadi akan menghilangkan kotoran macam baru!

 

#4 Atau Gunakan Spray Compressed Air Untuk Hilangkan Debu Dekat Ruang-Ruang Yang Sempit

 

#5 Gunakan Stokin Lama, Cawan & Pencuci Cermin Untuk Membersihkan Tempat Letak Air

Sarungkan stokin lama (yang dah basuh ok!) pada cawan yang muat dekat tempat letak air korang. 

Lepas tu, spraykan dengan pembersih gelas.

Kemudian, letak cawan yang dah pakai stokin tu pada tempat letak air dan pusing-pusingkan untuk membuat semua kotoran yang ada dekat dalam tu melekat pada stokin.

Puas hati tengok!

 

#6 Hilangkan Kotoran Di Celah-Celah Kerusi Dengan Menggunakan Berus Gigi

 

#7 Gunakan Srewdriver Dengan Hujung Yang Macam Ni & Juga Kain Lap Untuk Cuci Di Celah-Celah Yang Sempit

 

#8 Cuci Dashboard Dengan Vaseline

Sebelum buat benda ni, korang kena bersihkan dulu debu-debu yang ada dengan air dan kain lap. Lepas tu barulah sapu Vaseline. 

 

#9 Bersihkan Cermin Kereta Dengan Baby Wipes

Simpan sebekas baby wipes dalam kereta terutama sekali kalau korang travel jauh. Tak adalah korang serabut tengok cermin kotor!