Betul Ke Syarikat Di Malaysia Ada Hak Nak Saman Kalau Kita 'Reject' Lepas Dah 'Sign Offer Letter'?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Betul Ke Syarikat Di Malaysia Ada Hak Nak Saman Kalau Kita 'Reject' Lepas Dah 'Sign Offer Letter'?

post by MJ

by MJ

Jul 28, 2022
pada 7:43 AM

Bayangkan sendiri dah berbulan bulan menganggur, mintak kerja dah berpuluh puluh tapi satu pun takde yang sangkut. Senang cerita yang takde kaitan dengan belajar apply pun takdapat. Dah macam nasib malang! Biasalah, takkan lah langsung terus tak dapat kan, mesti lah ada satu. Min rasa ni semua wajib akan rasa. Dia macam lepas dah dapat satu kerja tu. Kita sign je offer letter dengan dorang terus AUTO BERATUR ramai yang offer kita. Betul tak? Dah korang pun pening sebab yang datang tu mesti lah company yang best best. Apa lagi, terus la pergi ke company lain! - Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD -  https://bit.ly/3OwIShC 

Tup-tup, company yang korang reject tu cakap mereka nak keluarkan permohonan saman memandangkan korang dah batalkan offer letter yang korang dah tanda tangan. Aik, belum start kerja pun nak saman ke? Boleh ke macam tu?

Fahami Maksud Kontrak

Di Malaysia, Di Malaysia, kontrak dikawal oleh Akta Kontrak 1950 ("CA 1950") yang memberitahu kita bagaimana kontrak boleh dibentuk. Oleh itu suatu kontrak akan wujud apabila kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan undang-undang mengiktiraf hak-hak dan tanggungjawab yang timbul daripada persetujuan tersebut.

Apa Itu Proposal?

Proposal seperti yang ditakrifkan oleh CA 1950, adalah apabila seseorang bersetuju melakukan sesuatu atau menghalang daripada melakukan sesuatu untuk mendapatkan orang lain untuk bersetuju dengan perbuatan yang dihalang itu. Keliru kan? Takpe, kami bagi contoh untuk lebih mudah faham.

Ali tells Baldeep that he will wash Baldeep’s car for RM10.

Ali tells Baldeep that he will not park his car at his car porch during Baldeep’s birthday party for RM10.

Kedua-dua contoh situasi yang ditunjukkan adalah contoh proposal (cadangan). Contoh lebih senang, korang nak bagi hadiah dekat seseorang dan berharap dia menerimanya. Jelas? 

Begitulah situasinya dengan offer letter. Bila sesebuah syarikat tu beri korang offer letter, tindakan itu dikatakan sebagai proposal (cadangan). Sesuatu proposal itu dikatakan lengkap apabila ada pihak yang menerimanya seperti yang tertulis dalam seksyen 4(1) CA 1950.

Jadi sekarang ni terpulang pada individu yang menerima proposal tersebut sama ada nak terima ataupun reject. Kalau pilih reject, proposal akan terus terbatal. Kalau korang pilih untuk counter-offer (complain), contohnya gaji terlalu rendah dengan kelayakan, korang dianggap sebagai individu yang memberi cadangan kepada syarikat tersebut. 

Persoalannya, Boleh Ke Syarikat Saman Selepas Kita Tanda Tangan 'Offer Letter?'

Secara kasarnya, boleh. Jika surat tawaran anda dianggap sebagai kontrak oleh mahkamah, dan anda tidak dapat menunaikan syarat-syarat yang termaktub dalam kontrak, maka anda akan dianggap sebagaimelanggar kontrak. Seperti setiap pelanggaran lain dalam kontrak, sekiranya anda melanggar kontrak, syarikat ada hak untuk menuntut ganti rugi. Ini boleh didapati dalam seksyen 74.

Berapakah Jumlah Saman Yang Bakal Dikenakan?

TETAPI kebiasaannya, korang tidak akan disaman kerana ganti rugi yang terhasil adalah terlalu nominal (sedikit). Tindakan undang-undang yang nak dikenakan terhadap korang adalah lebih mahal daripada jumlah yang bakal diterima oleh syarikat selepas saman. 

Tapi hanya beberapa tawaran saja yang dianggap sebagai kontrak. Ini kerana jika offer letter tersebut tak menyenaraikan semua syarat pekerjaan dan turut dinyatakan tertakluk kepada kontrak tambahan atau rundingan lanjut, maka mahkamah cuma akan melihat ini sebagai kontrak yang konklusif.

Kesimpulannya...

Sekiranya korang berada dalam situasi macam ni, jalan penyelesaiannya adalah dengan berbincang secara baik dengan syarikat tersebut. 


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD