Boleh Semak Baki Pinjaman PTPTN Disini, Sangat Mudah & Pantas!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Boleh Semak Baki Pinjaman PTPTN Disini, Sangat Mudah & Pantas!

post by Izuan

by Izuan

Jan 12, 2018
pada 9:37 AM

Terlupa juga kadang-kadang berapa banyak lagi baki pinjaman PTPTN. Bayaran memang konsisten tetapi nak tahu juga berapa banyak lagi hutang yang perlu dilangsaikan betul tak? Jadi kalau korang nak tahu bagaimana cara pantas dan paling mudah untuk menyemak baki pinjaman PTPTN secara tepat dan cepat adalah dengan menyemak secara onlien ataupun SMS.

 

Cara semak baki pinjaman PTPTN secara online

1. Layari laman web rasmi PTPTN dengan klik di sini

 

2. Klik pada ikon "SEMAKAN PENYATA PINJAMAN"

 

3. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan "SEMAK"

 

4. Klik pada "PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH"

 

5. Paparan ini akan muncul dan korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan serta klik "LOG MASUK" 

 

6. Sekarang korang boleh semak baki pinjaman PTPTN!

 

Semakan baki PTPTN melalui SMS

Untuk alternatif kedua ini, korang boleh hantar sahaja SMS untuk mengetahui baki pinjaman. Cuma perlu taip PTPTN <jarak> BAKI <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor PIN dan hantarkan pada 15888. Nombor PIN atau juga nombor pinjaman boleh didapatkan dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-20804455. 

Sebagai contoh: PTPTN BAKI 93030303031111 123456

 

*Sumber: PTPTN