BR1M Tukar Nama Jadi BAHAM?
# Trending Semasa

BR1M Tukar Nama Jadi BAHAM?

post by Aisya

by Aisya

May 27, 2018
pada 3:12 AM

Kalau korang perasan, sekarang ni orang tengah dok kecoh berita kononnya nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia iaitu BR1M telah bertukar kepada Bantuan Harapan 1Malaysia (BAHAM).

Ketika ini sedang tular di platform sosial terutama WhatsApp mengenai tweet kononnya daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Paparan imej tweet berkenaan mengandungi kenyataan yang menunjukkan seakan Guan Eng mengumumkan penukaran nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Harapan 1Malaysia (BAHAM).

Tapi menurut Astro Awani, berita ini dikatakan sebagai palsu dan ianya tidak benar. 

Namun walau bagaimanapun, menurut kenyataan Lim Guan Eng, nama BR1M memang akan ditukar juga.