Buah Pinggang Rosak Kerana Produk Tiada KKM. Ini Cara Mudah Untuk Korang Semak
# Gaya Hidup

Buah Pinggang Rosak Kerana Produk Tiada KKM. Ini Cara Mudah Untuk Korang Semak

post by Aisya

by Aisya

Mar 23, 2018
pada 9:36 AM

Baru-baru ni kitorang ada terbaca satu berita di Facebook mengenai seorang wanita yang baru berusia 34 tahun tapi dah disahkan oleh pegawai perubatan yang buah pinggangnya rosak akibat mengamalkan produk yang tak berdaftar dengan KKM.

Sebenarnya tak salah pun kalau korang nak amalkan apa-apa suplement ke, tapi kalau boleh biarlah produk yang korang ambil tu telah berdaftar dengan KKM. Tak nak lah nanti korang menyesal di kemudian hari pulak. Menangis tepi bucu katil pun dah tak berguna dah. Berhuhuhu je lah jawabnya.

Tapi macam mana nak tahu yang produk tu berfadtar ke tidak dengan KKM? Ye lah, takut-takut dorang kata berdaftar, tapi sebenarnya takde pun. Haa kali ni kitorang kat Maukerja nak share macam mana cara untuk korang nak semak produk korang tu berdaftar ke tak dengan KKM. 

Mengenal pasti produk yang berdaftar

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Setiap produk yang berdaftar adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Dia mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.  Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.

Untuk menyemaknya, korang kena layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.

Sekiranya produk yang dicari tu adalah produk yang berdaftar, hasil carian akan menunjukkan nama dan nombor produk tersebut. Tapi sekiranya hasil carian tak menjumpai sebarang produk, ini menunjukkan produk tersebut tak berdaftar