"Bukanlah Banyak Sangat, Tapi Cukup - Tun M Dedahkan Gaji Bulanan Perdana Menteri
# Trending Semasa

"Bukanlah Banyak Sangat, Tapi Cukup - Tun M Dedahkan Gaji Bulanan Perdana Menteri

post by Izuan

by Izuan

May 18, 2018
pada 8:40 AM

Bila melihat barangan yang dipakai kehidupan yang mewah, pasti kita akan fikirkan berapalah pendapatan seorang perdana menteri sebulan, memegang jawatan sebagai seorang Perdana Menteri juga dikatakan satu kerja.

Bila dah dikatakan kerja sudah semestinya ada gaji, tapi gaji itu merupakan satu perkara paling sulit dalam hidup kita tapi bukan pada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kita. Beliau begitu 'transparent' kerana tidak mahu digandingkan seperti kepimpinan yang sebelumnya.

Gaji saya RM 20,000 sebulan..Bukanlah banyak tapi cukup

Gaji saya RM 20,000 sebulan, sekarang ini eksekuif-eksekutif perniagaan pun dapat kadang-kadang 70 hingga 80 ribu sebulan, Jadi Perdana Menteri bukanlah dapat gaji banyak sangat, tapi cukup. Bagi saya cukup.

Tambah Tun M, beliau menyimpan hampir keseluruhan gajinya kerana kebanyakan manfaat diberikan kepadanya, perbelanjaannya jarang digunakan. Hanya makanan harian sahaja. Ini kerana beliau manfaatkan segala apa yang diberikan oleh kerajaan

"Sebab saya boleh simpan hampir semua duit gaji saya, kerana kerajaan bagi semua. Dia bagi rumah, dia bayar elektrik, dia bagi kereta, dia bagi kapal terbang pun nak bayar duit, tak ada belanja, cuma belanja makan hari-hari sahaja. Tu pun orang jemput sana sini tak payah belanja makan,  Jadi duit saya tu saya simpan." katanya

Sangat peka dalam berbelanja. Guna sebaik mungkin peruntukan yang kerajaan berikan

Biarpun gaji yang mendapat 5 angka, Tun M merupakan seorang yang berserdehana, misalnya majlis pekahwinan anaknya yang tidak gah seperti majlis orang-orang biasa yang dibuat secara besar-besaran

"Sewa hotel, besar 1000  orang dipanggil, bayar bukan main banyak tapi, saya tak buat. Saya kedekut sikit lah"

Tambahnya lagi, semua duit disimpan kerana banyak dibayar oleh kerajaan, bahkan menerima elaun

"Saya tak belanja duit saya, saya simpan kalau saya ada duit sikit pun daripada duit gaji saya lah, saya simpan yang lain semua kerajaan bayar. Tak payah belanja apa, rumah, kapal terbang saya tak payah bayar 1 sen pun. Kalau ke luar negara pun tiap-tiap hari ada elaun. Elaun  harian, sebagai perdana menteri, walaupun gaji tak besar, tapi perbelanjaan tak menekan pasal kerajaan bagi semua."

Mewah mengikut kadar pendapatan sahaja

Akui jumlah RM 20,000 dengan peruntukkan kerajaan, Tun M menegaskan jumlah tersebut masih berbatas, agak mustahil untuk membeli kapal terbang peribadi baru  untuk orang bergaji dengan jumlah begini sekalipun.

"Walaupun kita tak payah nak belanja untuk diri sendiri tapi duit RM 20,000 sebulan bukanlah banyak. Kalau nak buat secara besar-besaran nak buat itu nak buat ini, nak beli kapal terbang tak payahlah, nak beli kapal terbang sebiji RM 150 juta, mana kita boleh beli "

Video Penuh