Cara 'Posing' Untuk Gadis-Gadis Chubby Agar Nampak Kurus Dalam Foto!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Cara 'Posing' Untuk Gadis-Gadis Chubby Agar Nampak Kurus Dalam Foto!

post by Aisya

by Aisya

Jun 17, 2018
pada 6:53 AM

Dalam beberapa hari ni, ramai akan bergambar dengan baju-baju yang cantik dan sudah semestinya you wanna look your best kan? Tapi malangnya photos always make one look bigger dari sebenar dan mungkin some of you belum capai berat badan yang diharapkan. Betul tak?

Jadi kali ni, kitorang akan kongsi beberapa tip mudah yang korang boleh amalkan untuk nampak lebih kurus dalam gambar walaupun belum kurus! Tips ni dikongsikan sendiri oleh Kevin Zahri. Apa yang menariknya, teknik tersebut sangat mudah untuk diikuti dan boleh dilakukan tanpa sebarang aplikasi menguruskan badan atau pun 'filter'.

1. Full shot

Elak berdiri street depan kamera seperti gambar ini:

Tapi sebaliknya:

  • Badan korang kena 'away' dari kamera. 
  • Selang dan bengkok kaki depan untuk ilusi 'hourglass'. 
  • 'Mendada' untuk panjangkan badan dan 'chin-up' untuk elak double chin. 

 

2. Head shoot

Untuk head shot ni juga, korang jangan terus facing camera depan-depan. Make sure korang kena bagi dia angle sikit. Kang kalau tak, nampak lah muka korang yang selebar dulang tu! 

3. Selfie

Untuk selfie nampak lebih kurus, jangan ambil gambar dekat sangat. Make sure jauhkan sikit camera dari muka tu.

Elak juga ambil selfie dari paras bawah. Ambillah dari atas dan make sure camera lens orientation adalah atas. Macam biasalah, angle muka pun jangan 'straight-on' kat camera.