Cara Untuk Daftar ASNB Secara Online, Dah Tak Payah Beratur Panjang Lagi!
# Pengetahuan Pekerja

Cara Untuk Daftar ASNB Secara Online, Dah Tak Payah Beratur Panjang Lagi!

post by Izuan

by Izuan

Dec 15, 2017
pada 7:44 AM

Amanah Saham  Nasional berhad (ASNB) kini sudah menukar cara urusan mereka tau. Bagi yang membuat pelaburan di ASNB, sekarang ni tiada lagi urusan melalui buku simpanan tau. Sekarang ni semuanya gunakan Kad Pengenalan sahaja. 

Untuk segala jenis perkhidmatan menyemak baki, statement atau apa sekali pun, semuanya  boleh dilakukan di portal sahaja. Jadi korang semua memang kena register di MyASNB agar senang nak tahu berapa unit yang tinggal semua.

 

Bagaimana mahu mendaftar?

Senang sahaja, korang hanya perlu pergi ke laman web MyASNB iaitu www.myasnb.com.my dan daftar seperti biasa. Nota penting sebelum korang mendaftar, perlu pergi ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit serta kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Jangan lupa untuk daftar ya.

 

*Sumber: Facebook Sarah Schahida