Rimas Dengan Coworker Toksik Ni!Kenali & Atasi 4 Jenis Coworker Korang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Rimas Dengan Coworker Toksik Ni!Kenali & Atasi 4 Jenis Coworker Korang - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 23, 2016
pada 2:09 AM

Di pejabat mesti ada je coworker yang mengelak dari buat kerja, tak pernah muncul tepat pada masa, selalu tak professional buat kerja & sebagainya. Ada kan coworker macam ni di pejabat korang? Diorang ni akan beri kesan terhadap semua orang di pejabat, persekitaran & banyak lagi. Takkan nak biar je kan? Kalau lah coworker jenis toksik ni dekat je dengan korang, apa tindakan yang wajar korang buat? Haa kenali dulu coworker korang ni jenis bagaimana baru lah tahu macam mana nak atasi.

4 jenis coworker toksik yang ada di pejabat & cara nak atasi : 

1. Si pemalas

Selalu je cari alasan nak mengelak daripada buat kerja. Mereka ni jenis suka kalau ada orang lain take over buat tugasan yang diberi, erti kata lain selalu tolak kerja pada orang lain. Lepas tu selamba je buat muka tak bersalah sebab memang tak kisah apa orang lain fikir. Selagi ada jalan, selagi tu juga diorang akan lari. Haa ada tak coworker korang macam ni? 

Antidot yang paling berkesan korang boleh hadapi coworker sejenis ni :

  • Buat lawatan mengejut
  • Kenalpasti & beri ganjaran atas usaha mereka

2. Si 24/7

Berlawanan pula dengan Si pemalas, diorang ni rajin yang terlampau. Tak dinafikan memang jenis pekerja yang diidamkan setiap majikan. Semua tugasan kalau boleh nak buat sendiri tanpa pertolongan coworker lain. Bagus lah kan kerja keras, . Impaknya terhadap diri diorang ni adalah control issues, kerja keras sangat sampai menyebabkan tak keseimbangan pada team sendiri. Tambahan pula, kebarangkalian untuk Burnout sangat tinggi. Antidot paling power :

  • Menggalakkan ambil cuti bergaji
  • Perkenalkan langkah-langkah pengurusan stress

3. Si juara bersosial

Coworker jenis macam ni memang kegemaran semua orang di pejabat. Diorang ni kelakar, menghibur hati & sentiasa jadikan pekerjaan mereka macam party atau sesuatu yang menghiburkan. Semuanya dianggap best & easygoing. Gossip tetap nombor 1, tak kisah lah waktu lunch ke, buat kopi di pantri, mana-mana pun jadi. Kalau sehari takda di pejabat memang sunyi. Kadang-kadang diorang ni terlalu bising, mengganggu orang lain, tak fokus & suka berdrama di pejabat. Annoying juga kan kadang-kadang?

Ni antidot khas

  • Jelaskan tentang tingkah laku yang sesuai
  • Tentukan waktu-waktu tertentu untuk bersosial

4. Si psycho / perosak

Coworker jenis ni memang tak berlambak di pejabat tapi akan ada mungkin dalam seorang atau 2. Si psycho atau sociopath ni mampu tinggalkan kesan yang mendalam seperti perpecahan & kemusnahan terhadap persekitaran pejabat & orang-orang di dalamnya. Coworker ni dianggap sebagai seorang yang bermasalah. Suka buli, main langgar je protokol, mempunyai masalah interpersonal & sebagainya. 

Antidot :

  • Wujudkan persekitaran yang selamat & supportive
  • Ambil serious terhadap aduan pekerja