Cucuk Steroid Sampai 20 Kali Sehari, Nikmat Hidup Lelaki Ini Hampir Ditarik Satu Persatu
# Gaya Hidup

Cucuk Steroid Sampai 20 Kali Sehari, Nikmat Hidup Lelaki Ini Hampir Ditarik Satu Persatu

post by Ehsan

by Ehsan

Nov 6, 2019
pada 6:54 PM

Kim Dong-Hyeon, 29 tahun dari Korea Selatan telah menggunakan steroid selama 7 tahun sebagai 'bodybuilder' (ahli bina badan) serta jurulatih fizikal. Dia mengambil steroid yang melampau dengan mencucuk sehingga 20 kali sehari. 

Amat mengejutkan lagi apabila ditanyakan mengenai pengambilan jumlah steroid oleh ahli bina badan, dia menjawab hampir 98% mengambilnya. 

Dia juga berkata, kelebihan steroid dapat dilihat dari segi perbandingan jumlah testosteron yang meningkat berbanding jumlah normal lelaki biasa. Kekuatan, power, semangat, proaktiviti dan kemampuan menjadi semakin tinggi sekali gus menjadikan otot semakin membesar. Steroid juga dapat menyembuhkan dan mempercepat sakit otot dan lutut. 

Kesan sampingan pengambilan steroid pula, rambut menjadi semakin nipis, masalah pernafasan, mata berair, sakit sendi serta pencernaan menjadi tidak baik. 

Selain itu, Kim juga mengalami masalah ereksi, kemaluan tidak mampu naik dan keinginan untuk seks hilang dan lemah. Peluang untuk mempunyai anak juga 50-50 dan bergantung kepada tahap ereksi ketika itu. Tubuh saya juga dipenuhi bahan kimia yang boleh menjejaskan anak yang dilahirkan. 

Dia mula ketagihan menggunakan steroid apabila tubuh tidak membesar dan bergantung harap kepada pengambilan dadah sepenuhnya. Apabila memasuki pertandingan, dia menjadi lebih berkeyakinan.

Walaupun telah mengetahui kesan sampingan pengambilan steroid, kebanyakan atlet masih mengambilnya kerana wujudnya persaingan untuk mengekalkan nama dan kejuaraan. Hal ini kerana mereka beranggapan mampu mengatasi masalah kesan sampingan tersebut pada masa hadapan.

Video