"Masa tahun 2015, saya cuba apply BR1M, saya gunakan duit BR1M RM 500 untuk beli untuk beli barang kosmetik murah yang dekat pasar malam, jual di atas talian. Nilai untuk buat produk masa tu RM 20,000 keatas, memang tak mampulah. Duit memang tak ada langsung dalam akaun, Kereta yang ada semua pun bagi sambung bayar, balik kampung sehelai sepinggang. Hanya dari duit BR1M RM 500 tu saya kumpul selama 7 bulan, dan berjaya raih RM 15 ribu. Tapi masih tak cukup, saya terpaksa jual barang kemas, barang hantaran kahwin, kasut, baju-baju jenama semua dijual, semata-mata nak buat produk sendiri. Kemudian bisnes berkembang hinggalah dapat buat produk sendiri."
"Walaupun kita ada SPM, kita ada usaha, ataupun ada cita-cita dan kita ada impian, impian boleh mengubah segala-galanya"