Ditekap Seterika Dari 4 Pagi Hingga Subuh, Saksi Lakon Semula Saat Zulfarhan Ditekap Seterika
# Trending Semasa

Ditekap Seterika Dari 4 Pagi Hingga Subuh, Saksi Lakon Semula Saat Zulfarhan Ditekap Seterika

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jul 1, 2018
pada 10:00 AM

Seluruh rakyat Malaysia pernah digemparkan dengan kes pembulian yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Allahyarham Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain di mana dia telah dibunuh dengan kejam oleh rakan-rakan di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM). 

Kes ini sehingga kini masih belum selesai memandangkan kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah. Terkini, salah seorang saksi tampil dan memberikan keterangan serta lakonkan semula bagaimana situasi yang menimpa Allahyarham Zulfarhan pada hari tersebut. Sejujurnya keterangan yang diberikan saksi pastinya akan mengalirkan air mata sesiapa saja yang mendengarnya kerana tak terbayang seksaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa pada masa itu.

 

1. Perut mangsa ditumbuk sebanyak dua kali

Saksi dakwaan ke-24 berkenaan merupakan penghuni bilik 3-06 iaitu rakan sebilik dengan Zufarhan. Menurutnya, dia telah pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berhubung kes kecurian laptop yang dikatakan membabitkan mangsa.

Di dalam bilik tersebut, saksi memberitahu bahawa mangsa telah disoal siasat oleh tertuduh keenam iaitu Abdoul Hakeem Mohd Ali. Tertuduh bersama Muhamad Danial Firdaus Azmir mendakwa Zulfarhan telah memutar belit cerita sebelum menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali.

 

2. Guna penyangkut baju dan batang penyodok sampah untuk serang mangsa

Saksi juga turut memberitahu Abdoul Hakeem telah menyuruh Zulfarhan untuk membuka seluar dan hanya memakai seluar pendek boxer sebelum menyambung memukul mangsa. 10 lagi individu kemudian masuk ke bilik tersebut dan turut serta dalam memukul mangsa.

Bukan itu sahaja, Ahmad Senabil juga memberitahu selain memukul dan menumbuk mangsa, Abdoul Hakeem turut menggunakan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah untuk menyerang mangsa.

Katanya lagi, semasa dipukul, mangsa tetap berusaha memberitahu bahawa dia tidak mengambil laptop itu tetapi Abdoul Hakeem dan Danial Firdaus terus menerus memukul mangsa.

 

3. Ditekap seterika dari 4 pagi hingga subuh, Zulfarhan menjerit kuat kerana kesakitan

Walau bagaimanapun, menurut saksi, pada jam 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkan mangsa bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif, Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal serta seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.

Tanpa rasa kasihan dan perikemanusiaan, Muhammad Akmal Zuhairi telah menekap seterika wap di kaki dan badan Zulfarhan sementara Abdoul Hakeem duduk di atas kerusi bertanyakan soalan.

Kalau nak tau bukan sorang je yang menekap seterika dekat Allahyarham, tapi Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib juga tanpa belas kasihan melakukan perbuatan yang sama.

“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat.”

 

4. Mangsa menggelupur meniarap, tangan dan kaki diikat

Mengimbas kembali keadaan Zulfarhan pada masa itu, saksi mengatakan mangsa menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.

“Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa.”

Ahmad Senabil juga menambah bahawa Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik tersebut yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.

 

Pertuduhan terhadap mereka telah dibuat mengikut seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

13 penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mengenai kecurian laptop mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

 

Sumber oleh: Lobak Merah