Dulu Facebook, Kini Twitter Pula! Lebih 300 Juta Disarankan Untuk Tukar Kata Laluan!
# Trending Semasa

Dulu Facebook, Kini Twitter Pula! Lebih 300 Juta Disarankan Untuk Tukar Kata Laluan!

post by Nazatul

by Nazatul

May 3, 2018
pada 3:42 AM

Twitter hari ini menegaskan, pihaknya masih belum menerima sebarang bukti yang menunjukkan penggodam menjadi punca sejenis virus di laman sosial itu sehingga berisiko mendedahkan lebih 300 juta maklumat peribadi pengguna.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu juga meminta semua pengguna menukar kata laluan bagi tujuan keselamatan dan mengelak risiko digodam.

Bagaimanapun, syarikat internet itu tidak mendedahkan jumlah kata laluan yang terjejas atau tempoh gangguan itu berlaku, sehingga ia dikenal pasti.


 

Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal di dalam satu kenyataan blog berkata, pihaknya meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

“Kami cukup kesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menjual Data Kepada Cambridge Analytica

Dalam perkembangan lain, Twitter Inc. juga dikatakan telah menjual data mereka kepada penyelidik Cambrige University yang turut sama terlibat secara langsung dengan Cambridge Analytica.

Aleksandr Kogan, individu yang menghasilkan kuiz personaliti di Facebook yang mengambil data-data tersebut untuk digunakan oleh Cambridge Analytica telah menubuhkan syarikat komersialnya sendiri, Global Science Research (GSR)

GSR telah mendapat akses kepada data Twitter berskala besar dalam bentuk kiriman pengguna dalam tempoh beberapa bulan pada tahun 2015 yang lepas.

Twitter berkata GSR mendapat akses API sekali untuk tahun 2015 dari Disember 2014 hingga April 2015. Walau bagaimanapun, pihak Twitter telah membuat siasatan dalaman dan mendapati yang GSR tidak mendapat maklumat peribadi tentang pengguna mereka.

Twitter sudah memadam Cambridge Analytica dan organisasi yang berkaitan sebagai rakan pengiklanan mereka. Twitter memberikan akses kepada syarikat, pembangun dan pengguna dengan data pengguna melalui aplikasi pengkodan (API) yang meminta dan memberi maklumat kepada pelanggan mreka.

Twitter juga menafikan yang mereka menjual data mengenai maklumat peribadi pengguna mereka kepada pihak ketiga.

Gangguan itu berlaku ketika media sosial berdepan pengawasan ketat terhadap perlindungan data peribadi, susulan skandal Cambridge Analytica yang menyaksikan maklumat puluhan juta pengguna Facebook digodam dan disalahgunakan.