''Gaji Bawah RM2,000 Tak Perlu Bayar.'' - Ini Jadual Potongan PTPTN Mengikut 'Income!'
# Gaya Hidup

''Gaji Bawah RM2,000 Tak Perlu Bayar.'' - Ini Jadual Potongan PTPTN Mengikut 'Income!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 4, 2018
pada 5:17 AM

Satu lagi pengumuman baru yang lebih jelas mengenai  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diumumkan sebentar tadi pada majlis Sidang Media oleh Pengerusi PTPTN, En Wan Saiful Wan Jan sebentar tadi.

Bermula Januari 2019, perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan yang akan membuat bayaran pinjaman melalui potongan gaji. Hampir 1.4 juta peminjam (PTPTN) kini tidak boleh lagi ‘lari’ daripada membuat bayaran balik pinjaman itu.

Dalam sidang media tersebut, menurut Pengerusi, bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.

“Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan yang kurang berada tidak terbeban, manakala mereka yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan,'' jelasnya.

 

 

Menurutnya lagi, mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar. Kira-kira 225,000 peminjam yg dikenalpasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini.

 

 

Sumber penuh: Astro Awani