Peluang Gaji RM2500++ Sebulan, Insentif & Tempat Tinggal Diberikan Di Genting Highlands ! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Peluang Gaji RM2500++ Sebulan, Insentif & Tempat Tinggal Diberikan Di Genting Highlands ! - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Dec 2, 2016
pada 4:30 PM

Tawaran kerja kosong yang amat terhad & lumayan khas untuk korang semua, Maukerja ingin kongsikan! Pendapatan bulanan sehingga RM2500 sebulan sebagai Ice cream serving crew / Supervisor! Kafe Inside Scoop kini mencari kru-kru yang mahukan pengalaman kerja best ini kerana kali ini mereka memerlukan korang semua di cawangan Genting Highlands, Pahang. Yang paling hebatnya, tempat tinggal disediakan khas untuk kru-kru supaya dapat menyenangkan urusan kerja korang di sini! Pelbagai insentif juga diberikan, rugi kalau korang tak mohon jawatan kosong ini! Mohon lah dengan segera untuk persekitaran kerja yang ternyata berbeza!

 

Keperluan

  • Mempunyai minat terhadap aiskrim
  • Boleh bekerja mengikut syif
  • Boleh bekerja berkomunikasi dengan baik
  • Berkeupayaan untuk multitask

Tanggungjawab

  • Menyedia & menghidangkan aiskrim, wafer & minuman
  • Boleh mengendalikan cash register
  • Membersihkan perkakas dapur atau peralatan
  • Memberi cadangan kepada pelanggan terhadap produk
  • Menyediakan minuman & makanan yang berkualiti
  • Konsisten dengan kedatangan & menepati masa

Manfaat tambahan

  • EPF & SOCSO
  • Cuti tahunan
  • Insentif
  • Tempat tinggal disediakan

Lokasi Kerja

Lokasi kerja yang amat nyaman & menyejukkan iaitu di Genting Highlands, Pahang! Siapa tak nak kan? Inilah peluang korang untuk rasai pengalaman yang amat unik sebagai Ice Cream Serving Crew / Supervisor hari ini! Jangan lepaskan peluang ini, jom mohon segera sebelum korang menyesal!