Gara-Gara Sandwich Bernilai 4.50 Pound, Pramugari Dituduh Mencuri & Dipecat? Careful Korang..
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Gara-Gara Sandwich Bernilai 4.50 Pound, Pramugari Dituduh Mencuri & Dipecat? Careful Korang..

post by Shasha

by Shasha

Apr 20, 2017
pada 9:12 AM

Ingatkan dapat kerja pramugari di syarikat penerbangan terkemuka senang? Nak maintain prestasi kerja tu memang pasti tapi nak selamatkan diri dari jadi kambing hitam atau mangsa keadaan memang susah.

Shannon Gleeson, yang pernah berkhidmat sebagai pramugari di EasyJet, sebuah syarikat penerbangan United Kingdom telah menamatkan perkhidmatannya dengan mengejutnya hanya disebabkan sandwich berharga 4.50 Pound (RM25).

Manager beri sandwich, kerana pramugari alah pada kacang 

Disebabkan Gleeson mempunyai alahan pada kacang, tiada makanan lain yang boleh dimakan kecuali sandwich lagi di dalam kapal tersebut. Pengurusnya telah berikan sandwich padanya untuk makan. 

 

Resit bukti pembelian sandwich diminta 

Kru kabin lain telah melaporkan hal ini pada pihak atasan bahawa Gleeson mengambil sandwich daripada troli makanan penumpang. Pihak atasan meminta resit bukti pembelian sandwich daripada Gleeson, namun gagal untuk kemukakan bukti.

 

Manager tak backup = dipecat atas salah laku dan mencuri

Gleeson disalahkan kerana gagal meminta resit daripada Manager bagi memastikan sandwich yang diberi dah dibayar. Kerjaya Gleeson terhenti setakat itu saja, syarikat EasyJet memecat Gleeson atas salah laku dan mencuri.