Gempar! Bayi Lemas Dalam Kereta, 3 Lagi Tragedi Sama Pernah Berlaku Mungkin Korang Tak Tahu
# Trending Semasa

Gempar! Bayi Lemas Dalam Kereta, 3 Lagi Tragedi Sama Pernah Berlaku Mungkin Korang Tak Tahu

post by Aisya

by Aisya

Mar 13, 2018
pada 9:57 AM

Harini kita dengari lagi berita mengenai kematian seorang kanak-kanak akibat lemas didalam kereta. Menurut laporan dari Harian Metro, kejadian berlaku di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bayi perempuan berusia dua tahun itu meninggal dunia setelah 4 jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya. Ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja. Namun sebaik je dia meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

Dia mula menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya. Bagaimanapun bayi berkenaan sudah tidak sedarkan diri. Wanita itu kemudiannya membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson.

Tapi kalau korang nak tahu, kes seperti ini bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia. Antaranya ialah....

1. Meninggal akibat ditinggalkan di dalam kereta selama lebih dari 5 jam

Pada September 2016, seorang bayi perempuan berusia satu tahun turut meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta selama lebih dari lima jam oleh bapanya. Kejadian berlaku di Kulai. 

Menurut laporan dari mStar, ibu mangsa telah meletakkan mangsa di tempat duduk bahagian belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh kanak-kanak sekitar jam 9.30 pagi. Walau bagaimanapun, bapa mangsa telah memandu dari rumah mereka ke tempat kerjanya tanpa menyedari anak perempuannya berada di tempat duduk belakang.

Pengasuh kemudian menghubungi bapa mangsa kira-kira pukul 3 petang, bertanya mengapa dia tidak menghantar anaknya itu ke rumahnya. Lalu bapa bayi itu kemudian pergi ke keretanya dan mendapati anaknya dalam keadaan lemah sebelum dirujuk ke hospital. 

2. Maut akibat lemas selepas terperangkap hampir sejam 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat lemas selepas terperangkap hampir sejam dalam sebuah kereta di Kampung Kelibang,Langkawi.

Mangsa ditemui dalam keadaan kebiruan oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu. Beberapa penduduk cuba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa namun gagal sebelum dikejarkan ke Hospital Langkawi oleh ambulan, bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Menurut Harian Metro, mangsa keluar dari rumah tanpa disedari bapanya sebelum memasuki kereta Nissan Sunny berkenaan namun gagal keluar semula. Kereta itu dipercayai milik bapa mangsa tetapi sudah lama tidak digunakan kerana rosak.

3. Ditinggalkan dalam Myvi yang diletakkan di bawah panas terik

Kejadian berlaku di Subang Jaya dimana seorang guru sekolah menengah di Subang Jaya ini telah tertinggal anaknya selama lebih enam jam di dalam kereta.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut. Muka anaknya sudah dalam keadaan kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tak sengaja di dalam kereta yang diletakkan di bawah panas terik.

Guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu keretanya.

Semoga apa yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa diluar sana supaya lebih peka dan kita semua terhindar dari perkara sebegini.

Alfatihah.