Google Inc. Langsung Tak Hadap Dengan 'Best Student', Nak Tahu Kenapa? Ini 3 Sebabnya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Google Inc. Langsung Tak Hadap Dengan 'Best Student', Nak Tahu Kenapa? Ini 3 Sebabnya

post by Izuan

by Izuan

Mar 11, 2017
pada 8:03 AM

Bekerja di syarikat terkemuka seperti Google memang menjadi idaman setiap millenial, persekiratan pejabat yang begitu konsudif, manfaat yang berbaloi dan macam-macam lagi. Bukan calang-calang orang yang boleh bekerja disini dengan mudah, seseorang yang ingin bekerja di syarikat gah ini perlu ada sesuatau yang 'bernilai' dalam diri.

Namun percaya atau tidak, syarikat gergasi ini langsung tak pandang GPA, jenis kolej dan kecemerlangan prestasi calon sewaktu di kolej. Bekas Naib Presiden Operasi Kemanusiaan di Google inc., Laszlo Bock sebab apa calon-calon sebegini tidak layak bekerja disitu.

1. Kekurangan 'Intelektual Rendah Diri'

Ada bakat yang tinggi namun kerja yang dilakukan sambil lewa kerana mereka rasa diri mereka 'the best" dan mampu untuk mebendung segala penaungguhan dengan mudah. Google mencari seseorang yanga da sikap rendah diri,  Menurut Boks, "Ia adalah intelektual rendah diri, tanpa rasa rendah diri mereka tak nak belajar, orang yang 'hidup senang' jarang mengalami kegagalan, dari situ mereka tidak mempelajari sesuatu daripada kegagalan tersebut'

2. Orang Yang Tiada Pelajar Selalunya 'Luar Biasa'

Segelintir majikan bersiap memilih dalam mencari pekerja, kebanyakkan mereka lihat latar belakang institut pendidikan, ada majikan yang tidak layan graduan kolej biasa, Namun bagi Bock:

"Apabila kita lihat mereka yang tidak mempunyai pelajaran tinggi, kegigihan mereka memang luar biasa. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan orang-orang seperti ini"

3. Mencari "Keupayaan" Lebih Bagus Berbanding "IQ"

Berjaya dalam akademik tidak menjamin pekerjaan kalau tiada sikap yang bagus serta kemahiran, nilai keupayaan jauh lebih tinggi berbanding IQ:

"Untuk setiap pekerja, perkara utama yang kami lihat adalah menjana keupayaan yang kognitif, bukannya IQ. Ia adalah keupayaan belajar, keupayaan untuk terus maju dan keupayaan untuk mendapatkan segala info berbeza dalam satu masa. Kami menilai melalui stuktur tingkah laku dalam temuduga yang kami lakukan sendiri untuk memastikan mereka seorang yang "predective""

Menjalani temuduga tingkah laku dapat membantu untuk mencari seseorang yang benar-benar layak dalam sesebuah syarikat mengenali erti sebenar sebagai seorang pemimpin. Ia bukannya mengenai diri calon yang pernah menjadi ketua kelab persatua atau apa-apa pangkat. Tapi kebolehan untuk bangkit dan membimbing apabila diperlukan.