Hanya 1 'Simple Tricks' Sahaja Bagaimana Nak Pusing Ayat Agar Resume Korang Nampak Gah
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Hanya 1 'Simple Tricks' Sahaja Bagaimana Nak Pusing Ayat Agar Resume Korang Nampak Gah

post by Izuan

by Izuan

Jan 28, 2017
pada 1:24 AM

Mungkin pengalaman korang tidaklah meluas berbanding dengan calon-calon lain, korang fikirkan bahawa harapan untuk dapat kerja memang tipis. Terlintas difikiran bahagaian pengalaman kerja dalam resume calon lain lebih gah berbanding diri ini kan?

Tapi tak semestinya tau, sebenarnya ada 'helah' bagaimana nak menampakkan pengalaman kerja korang yang sedikit tu nampak hebat. Tapi bukanlah sampai menipu fakta, ia hanyalah 'trick' bagaimana penggunaan ayat korang dalam resume tersebut. Begini caranya:

"Numbers = Results = Value"

Semua majikan kalau nak cari calon berpengalaman mahu melihat pencapaian mereka kan? Jadi, gunakan nombor sebagai senjata utama untuk mendemonstrasikan pencapaian korang. 

Contohnya begini, ada 2 orang calon yang cuba memohon kerja dalam bidang sales, Calon A seorang yang berpengalaman dalam bidang tersebut selama 2 tahun, manakala Calon B hannya 9 bulan, tapi lihat ayat mereka :

Calon A : Menarik pelanggan & mencapai sasaran jualan

Calon B : Melaksanakan tugasan dengan baik, mencapai sasaran mingguan RM 15,000 dan berjaya meraih lebih daripada RM 500,000 hasil jualan dalam masa 6 bulan.

Nampak? Korang rasa siapa punya lagi best? Lagi bagus kalau kroang dapat lampirkan buktinya sekali. Mungkin graduan muda juga boleh fikir semula ayat dalam resume korang. Cerita balik pencapaian dan sumbangan dengan menggunakan konsep "Numbers = Results - Value" ini.

How many, How much, How long, How often?

Senaraikan segala pencapaian korang, dan kaji semula dengan lebih mendalam berdasarkan keempat-empat prinsip ini.Daripada hanya memberitahu tugasan harian, adalah lebih baik kalau anda menceritakan hasilnya sekali dalam bentuk nombor.

Persaingan industri sekarang hanya mahu melihat nombor sahaja. Adalah lebih bagus kalau korang dapat jelaskan jangka hayat untuk mencapai sasaran. Semua kerja ada sasaran masing-masing kan? 

Jadi ingat, "Numbers = Results = Value" adalah rahsia utama kejayaan korang. Tapi, kena lah 'perform'  elok-elok dengan kerja sekarang kalau mahukan urusan berjalan dengan mudah nanti.