'Heli Taxi' Dilancarkan, Korang Boleh Tempah 'Teksi Helikopter' Guna Apps Je!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

'Heli Taxi' Dilancarkan, Korang Boleh Tempah 'Teksi Helikopter' Guna Apps Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 17, 2018
pada 3:27 AM

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Langkawi, pasti anda sudah familiar dengan khidmat teksi helikopter. Namun, bagi mereka yang tinggal di luar kawasan Langkawi, khidmat teksi helikopter ini mungkin agak asing dan ada yang tak mengetahui akan kewujudannya pun.

Syarikat penyedia perkhidmatan helikopter pelancongan dan komersial ini dimiliki oleh Heli Outpost Sdn Bhd dan telah pun mula beroperasi sejak tahun 2009 lagi. Namun, ia belum pernah diperkenalkan melalui sebarang aplikasi. 

Kredit FOTO: mStar 

Oleh itu, sebuah aplikasi 'Heli Taxi' kini sedang dibangunkan dan ia dijangka akan mula diperkenalkan dalam tempoh sekitar tiga bulan lagi. Menerusi apps ini, dua jenis perkhidmatan akan ditawarkan kepada penumpang. Penumpang boleh menempah khidmat 'Helicopter Tour' iaitu tempahan untuk mengelilingi Pulau Langkawi. Satu lagi adalah 'Helicopter Taxi' di mana penumpang akan diterbangkan terus ke destinasi yang dikehendaki seperti Alor Setar ke Ipoh.

Pada masa ini, syarikat ini telah memiliki 11 buah helikopter iaitu 6 model Robinson 44 yang boleh memuatkan empat penumpang termasuk juruterbang dan 5 model Robinson 66 berkapasiti lima penumpang. 

Sumber: Bernama dan mStar