Hilang Semangat Nak Kerja? Naikan Semangat Dengan 6 Cara Hebat Ni!
# Pengetahuan Pekerja

Hilang Semangat Nak Kerja? Naikan Semangat Dengan 6 Cara Hebat Ni!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 17, 2019
pada 9:56 AM

Bekerja adalah satu proses yang tak pernah berhenti ,tak akan pernah selesai . Persoalannya , adakah bekerja seharian menjadikan korang seorang yang berjaya? Macam mana nak jadi pekerja yang berjaya eh? Macam mana nak bagi semangat tiap kali bangun pagi nak pergi kerja? Min nak kongsikan beberapa kata-kata motivasi yang supaya korang rasa semangat nak bekerja dan mencapai kejayaan. Nah baca,

1. 'Hidup jangan selalu mengeluh jika penat, berusaha untuk mendapatkan hasil kejayaan'

Jangan asyik nak mengeluh je bila kena bangun pagi-pagi pergi kerja . kan dah potong mood ! Nak sara hidup , kita kena bekerja . Bekerjalah dengan seikhlas hati , bila hati ikhlas hasil kerja pun bermutu. Bos pun suka!

2. 'Harus ada pengorbanan'

Berkorban dari segi masa ,tenaga , dan wang ringgit tak bermaksud korang rugi . Pengorbanan dalam bekerja. Contohnya buat over time sedikit sebanyak membantu korang meraih kesenangan di kemudian hari juga.

3. 'Cuba untuk perbaiki diri sebanyak 1% setiap hari, kerana dalam masa setahun anda berjaya memperbaiki diri sebanyak 365%'

Tak perlu jadi perfect , cukup korang cuba perbaiki sedikit demi sedikit attitude dalam memulakan hari bekerja. Contohnya , kalau korang selalu datang lambat ke tempat kerja sebab over slept , cuba untuk manage semula masa tidur yang betul supaya keesokkan hari korang dapat bangun awal dan sampai ke tempat kerja dengan lebih cepat. Bukan setakat korang berjaya datang awal bekerja, malahan korang akan rasa cergas bila buat kerja di pejabat sebab apa? Sebab korang dapat tidur yang cukup dan otak berehat dengan secukupnya ketika tidur. Banyak kebaikan yang diperoleh kalau korang mula melakukan satu perubahan kecil yang baik.

4. 'Wang tidak dapat membelikan anda kebahagiaan, kemiskinan tidak dapat membelikan anda apa-apa'

Ye memang duit tidak memberi kebahagiaan ,tapi tanpa duit kita tidak mampu memberi terapi dalam memanjakan diri. Setiap orang mesti ada keinginan nak beli sesuatu barangan yang mungkin memerlukan jumlah duit yang banyak untuk memiliki sesuatu itu .Sebab tu kalau korang nak beli sesuatu yang mahal, korang kenalah bekerja keras sikit .Mungkin dengan cara bekerja part time atau melakukan bisnes bagi dapatkan side income.

5. 'Berfikiran positif dan jangan stress'

Macam mana nak berjaya kalau asyik stres? Rileks lah. Setiap masalah ada penyelesaian. Sentiasa berfikir positif. Berfikir dengan tenang membantu seseorang berfikir dan membuat keputusan secara rasional

6. 'Segelintir yang mengimpikan kejayaan, sementara yang lain bekerja keras untuk mencapai kejayaan'

Rezeki tak kan jatuh bergolek kalau kita tak berusaha . Bagi mendapatkan kejayaan , korang kena lah put more effort. Kurang-kurangkan berangan . Lakukan sesuatu bagi mencapai kejayaan.