HR Beri 6 Teguran Pedas Kepada Fresh Grad Yang Mohon Kerja..Ada Yang Suruh Mak Buat!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

HR Beri 6 Teguran Pedas Kepada Fresh Grad Yang Mohon Kerja..Ada Yang Suruh Mak Buat!

post by Izuan

by Izuan

Sep 19, 2021
pada 7:11 AM

HR Beri 6 Teguran Pedas Kepada Fresh Grad Yang Mohon Kerja..Ada Yang Suruh Mak Buat!

Memang benar apa yang dikatakan oleh HR Marlia Ramli ini, dunia ini kejam kena berani dalam mengharungi cabaran dan perlu lah berdikari kalau nak 'selamat' dalam industri. Lebih-lebih lagi pada abad yang ke 21 ini, persaingan semakin sengit jadi ia adalah tanggungjawab calon sendiri untuk jadi 'kuat' jika ingin menerpa kerjaya.

Lakukan segala proses dengan betul, bukannya dengan mudah. Macam-macam tips dan cara-cara yang kami sendiri telah kongsikan berkenaan cara meminta kerja. Kita yang minta kerja bukan mereka yang suruh kita kerja dengan mereka, ia sudah semestinya peranan calon untuk memastikan bahawa diri mereka dipandang oleh majikan.

Kalau boleh, janganlah tergolong dalam skeptikal graduan muda ini seoran yang manja, pemalas dan suka mengambil hal sambil lewa. Buktinya, beliau kongsikan sendiri perilaku calon memohon kerja. Ada yang suruh mak buat!

"Keluar Dari Ketiak Mak"

YOU MARAH?

Perkara mudah yang calon terutamanya fresh graduate terlepas pandang bila mohon kerja:

1 - hantar resume teruslah follow up. Setiap hari HR Manager terima beratus email permohonan. Tak follow up memang ke tepi dulu. Tak sempat nak layan dik...

2 - follow up sendiri. Email, call, whatapps. Jangan sesekali minta mak, ayah, nenek yang tolong follow up. Tak payah manja sangat. Berusahalah...

3 - dunia ni kejam. So, perlu berani hadapi sendiri. Jangan minta mak atau boyfriend buatkan. Ini reflect yang tidak bagus terhadap calon. Keluarlah menghadapi dunia.

4 - jika dah 2-3 minggu kemudian baru rasa nak follow up, usah sesekali minta HR Manager cari balik email dua tiga minggu lepas. Jangan buang masa minta semak di spam bagai and just resend resume.

5 - Kebanyakan HR Manager baik hati dan mahu membantu. Resend email with apologies, settle. Usah pening-pening nak semak dan cari balik lalu persoalkan "nape HR Manager tak boleh trace email saya?" Why? Why?

6 - Dah habis belajar universiti, keluar dari ketiak mak. Pen merah pen biru, YOU MARAH , you tak dapat session interview

Salam sayang daripada mama garang sangat