HR Manager Hina Jobseeker Ini Sebab Tak Pandai Berbahasa Inggeris
# Trending Semasa

HR Manager Hina Jobseeker Ini Sebab Tak Pandai Berbahasa Inggeris

post by Izuan

by Izuan

Mar 2, 2020
pada 10:04 AM

Memang dah menjadi lumrah zaman ini kebanyakan tempat di seluruh dunia memerlukan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik jika ingin memohon sesuatu pekerjaan, jika tidak fasih atau teruk, harapan untuk majikan terima bekerja memang nipis.

Namun begitu, ia tak bermakna jika calon itu tidak menepati sesuatu kelayakan mereka boleh tolak permohonan calon itu dengan satu hinaan, pihak majikan haruslah bersikap profesional dalam menapis calon-calon mereka walaupun kelemahan itu merupakan aib individu tersebut.

Agak keterlaluan apabila HR Manager ini memperlekehkan jobseeker kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, sangat biadap dan tak profesional langsung!

Minh Huynh, cuba mohon kerja di sebuah syarikat, namun dibalas oleh HR Manager dengan cara yang tidak professional berbentuk hinaan

Email dikongsikan melalui Twitter milik anaknya, selepas menerima banyak kecaman, HR Manager itu dipecat!

 

Semasa tiada kerja, Min Huynh berusaha mempelajari bahasa Inggeris

Akhirnya, Minh Huynh diterima bekerja sebagai pemandu