"Ingat Ni IG Shop Nak Suruh Seller Pm?" Pemuda Ni Bengang Cara Job Seekers Tak Beretika
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

"Ingat Ni IG Shop Nak Suruh Seller Pm?" Pemuda Ni Bengang Cara Job Seekers Tak Beretika

post by Aisya

by Aisya

Mar 27, 2017
pada 8:33 AM

Makin berleluasa juga masalah "pm" "pm" ni. Ingatkan rakyat Malaysia suka reply "pm" kalau nak beli barang je, rupanya kalau nak mohon kerja pun main "pm" je. Ini memang satu masalah yang patut dihentikan dan jangan lagi gunakan cara ini untuk mencari kerja. Kalau begini lah sikap job seekers, sampai ke sudah pun sukar untuk mendapat kerja. Lihat apa komen yang diterima oleh Sapura Kencana apabila mereka iklankan kerja di Instagram.

 

"Kau ingat ni IG shop ke nak suruh seller pm kau?" 

 

Sapura Kencana mungkin tak expect dapat feedback macam ni..

 

" Pm please. Interested engineer here" 

 

"Pm. Urgent. TQ so much"

 

"Dia nak mudah.. dia ingat kerja datang bergolek"

Ada caranya kalau nak mohon kerja dengan beradab

Kalau korang ada berkenan dengan sesuatu kerja yang diiklan kan, jangan lah main 'pm' je. Gunakan cara berhemah dalam memohon kerja. Maukerja pernah tuliskan mengenai tips ini sebelum ini dan kami akan kongsikan sekali lagi. 

Kalau nak lebih info mengenai panduan dan tata tertib dalam memohon kerja boleh terus klik di sini untuk membaca lebih lanjut. >KLIK SINI<