Ingin Langsaikan Hutang PTPTN Dalam Masa 5 Tahun? Ini 2 Keperluan Yang Perlu Ada
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ingin Langsaikan Hutang PTPTN Dalam Masa 5 Tahun? Ini 2 Keperluan Yang Perlu Ada

post by Izuan

by Izuan

Dec 11, 2017
pada 10:46 AM

PTPTN memang sangat famous dalam kalangan para pelajar. Walaupun bukan semua pelajar yang mengambil PTPTN, namun rata-rata daripada kita mempunyai hutang dengan PTPTN yang perlu dijelaskan.

Ramai yang mengalami kesukaran untuk membayar balik hutang PTPTN disebabkan oleh komitmen yang tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan kes seperti belum dapat kerja ataupun terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjadi surirumah menguruskan rumah tangga?

Di sini kami akan kongsikan cara bagaimana wanita ini membayar hutang dengan PTPTN walaupun beliau sudah berhenti kerja.

"Sebaik saja saya graduate, selepuk ada hutang RM35,000 yang perlu dilangsaikan kepada PTPTN dan jumlah ini belum lagi termasuk bunga atau kos pentadbiran."

''Semuanya bermula apabila suami saya dapat tawaran mengajar yang ditunggu-tunggu – tapi tak sangka pula kena ‘posting’ di Sarawak. Ketika ini, saya baru lepas bersalin dan sedang dalam tempoh cuti bersalin...''

''Sekarang saya dah berhenti kerja, tak ada pendapatan, dan masih berhutang...''

''Selepas dikira-kira, hanya dalam 1-2 bulan saja yang mampu saya bayar. Nak harapkan simpanan bukannya banyak mana memandangkan kami berdua baru 2 tahun bekerja.'' 

''Tahu tak, lepas bayar 2-3 tahun, jumlah hutang itu sebenarnya tak bergerak pun sebab yang dibayar habis dekat bunga dan kos pentadbiran...''

'' Saya cuba berunding dengan Pegawai PTPTN melalui Facebook dan lepas itu mereka bagi nombor pegawai melalui WhatsApp...''

''Pihak PTPTPN mencadangkan saya untuk strukturkan semula peminjaman saya dan tukar kepada Ujrah...''

''TAPI syarat untuk memohon Ujrah ini, kita perlu melangsaikan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah bayaran yang tertunggak. Apa pun, jangan panik dulu...''

''Dokumen dari KWSP yang dah disahkan tadi perlu diserahkan semula kepada Pegawai PTPTN untuk proses terakhir. Selepas itu, kita pun boleh buat bayaran bulanan seperti biasa...''

''Kadar bayaran selepas memohon Ujrah adalah sangat berpatutan. Saya yang meminjam RM35,000 tadi cuma perlu membayar RM200 sebulan...''

''Kalau dah malas nak teruskan, kita boleh terminate pembiayaan ASB dan dapatkan sedikit keuntungan selepas tempoh matang...''

''Kalau nak ikutkan, duit ‘simpanan paksa’ saya kini boleh membayar separuh daripada jumlah hutang PTPTN tersebut. Tapi...''

"Memang ada banyak sebab yang boleh menjadi punca hutang PTPTN kita tertunggak. Walau apa pun, janganlah takut untuk menghadapinya...''

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Tak kiralah sesusah mana sekalipun kehidupan kita, kita mesti cuba sedaya upaya untuk melangsaikan hutang dengan PTPTN.

Sumber: Nazurah Hassan

(sumber foto : tv14.my)