Ini 5 Sebab Kenapa Orang Berjaya Selalu Pakai Baju Yang Sama Setiap Hari! Rupa-Rupanya..
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Ini 5 Sebab Kenapa Orang Berjaya Selalu Pakai Baju Yang Sama Setiap Hari! Rupa-Rupanya..

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 11, 2018
pada 9:18 AM

Perasan tak kebanyakan orang berjaya dan jutawan memakai baju yang sama setiap hari? Lihat saja Mark Zuckerberg (CEO Facebook) sentiasa memakai baju-t bewarna kelabu dan dipadankan dengan seluar jeans. Manakala, Steve Jobs (bekas CEO Apple) dengan baju turtleneck warna hitam dipadankan dengan jeans.

Apa sebabnya mereka sentiasa memakai pakaian yang sama tak kira ke majlis apa pun yang mereka hadiri? Tak bosan ke?

Tapi sebenarnya ada sebab kenapa mereka memakai pakaian yang sama je setiap hari. Ini jawapan kepada persoalan tersebut.

#1 Memudahkan Pilihan Harian!

Presiden Obama juga terlihat hanya memakai sut yang sama, dia hanya perlu memilih untuk memakai sut warna biru atau kelabu.

“Saya tidak mahu membuat keputusan tentang apa yang patut saya makan atau pakai. Kerana lebih banyak lagi perkara penting saya perlu perhatikan (membuat keputsan).”

Jika korang suka buat keputusan tentang perkara yang remeh, kemampuan korang juga sebenarnya rendah.

#2 Tak Perlu 'Stress'

Nak pilih pakaian untuk dipakai memang stres. Rasa semuanya macam serba tak kena. Tapi, jika mempunyai pakaian yang sama, tak perlu lagi perlukan perkara tersebut sebab korang dah tahu pakaian harian korang.

Matilda Kahl, seorang Art Director di New York turut berbagi pengalamannya. Karena kesibukannya, ia kekurangan waktu untuk bersiap-siap. Akhirnya ia hampir selalu menyesal memakai baju yang dipilihnya.

Namun dengan memakai setelan yang sama, yakni kemeja putih sutra dan celana panjang hitam, ia mengurangi stres yang dia dapat karena salah memilih baju di pagi hari.

#3 Tidak Obses Dengan Perkara Yang Tidak Manfaat!

Korang pernah dengar cerita tentang Presiden Uruguay, José Mujica digelar pemimpin paling miskin di dunia. Beliau digelar sebegitu kerana cara hidup yang bersederhana dan tidak mahu obses pada perkara yang tidak memberi manfaat.

Hidup akan jadi lebih ringkas, tenang dan produktif jika kita berhenti memikirkan perkara yang tiada gunanya.

#4 Keselesan Tu Penting!

Ia bukan sahaja pada keselesaan ketika memakai tapi cara korang mengayakannya. Tidak ada gunanya kalau korang ubah stail tapi tidak berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

Percayalah jika korang rasa hebat dan cukup bergaya dalam pakaian yang korang pilih ia akan meningkatkan rasa keyakinan yang sebenar.

#5 Tak Memenatkan, Semua Tu Memerlukan Tenaga Nak Kemas!

Jika korang memiliki pakaian yang penuh satu almari, korang perlu sentiasa mengemas dan menyusun pakaian tersebut. Semua tu memerlukan tenaga dan memenatkan.

Bila tengah cari baju, semuanya bersepah dan perlu di kemas semula.