Ini Empat Kanak-Kanak Yang Dah Bergelar Jutawan Bawah Umur 10 Tahun!
# Gaya Hidup

Ini Empat Kanak-Kanak Yang Dah Bergelar Jutawan Bawah Umur 10 Tahun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 15, 2018
pada 9:41 AM

Mungkin bagi kanak-kanak biasa, tak pernah terlintas pun nak 'buat duit' pada usia antara 6 hingga 12 tahun. Apa yang difikirkan cuma keseronokan bermain bersama kawan-kawan sebaya yang lain.

Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang terfikir nak ada perniagaan sendiri? Setakat nak berniaga secara main-main, biasalah kan. Tapi setakat tu jelah. Takde pulak sampai ke tahap nak jana income sampai berjuta-juta kan?

Tapi berbeza pulak bagi empat orang kanak-kanak ni. Bayangkan, kecik-kecik lagi dah fikir nak buat produk sendiri, nak berniaga dan dapat untung. Fuh, ini orang tua cakap, 'otak duit.' Korang akan lagi terkejut bila tahu ada yang dah jadi jutawan seawal 6 tahun! Uish, powernya! Apa yang mereka niagakan? Bagaimana boleh tercetusnya idea nak berniaga ni?

 

#1 Ryan ToysReview - Review Produk Mainan

Ryan, berada di kedudukan kelapan dalam senarai YouTuber Terkaya. Dia meraih USD11 juta (kira-kira RM4,486,316) setahun - lebih daripada $AUD14.6 juta - hanya dengan membuka dan mengkaji semula mainan baru.

Idea ini tercetus apabila Ryan menonton beberapa channel kegemarannya seperti EvanTubeHD dan Hulyan Maya dan dari situ timbul pertanyaan, ''Kenapa saya tidak ada di YouTube sedangkan kanak-kanak lain ada?''

Dan dari situlah bermulanya titik permulaan bisnesnya itu.

 

#2 EvanTubeHD - Miliki Channel Youtube Sendiri

Penglibatan Evan adalah hasil dorongan kedua ibu bapanya yang berminat untuk menjadikannya ikon Youtube. Ketika usianya baru 8 tahun, kanak-kanak ini mempunyai 1.3 juta pendapatan setahun hasil daripada penglibatannya dengan channel Youtube.

Evantube memiliki jutaan subsciber hanya dengan membuat review tentang alat permainan kanak-kanak dan memasukkan ke dalam Youtube.

 

#3 Moziah Bridges - Jual Bow Tie

Bridges memulakan bisnesnya menjual bow tie berwarna-warni seawal usia 9 tahun. Bagi orang-orang korporat, bow tie merupakan satu elemen yang penting dalam penggayaan. Siapa sangka, dengan hanya menjual bow tie, dia berjaya meraih pendapatan sebanyak $150 000 setahun.

 

#4 Leanna Archer - Buat Produk Rambut Resepiu Nenek Moyang

Pada asalnya, kanak-kanak berusia 9 tahun ini ingin menghargai rambutnya. Oleh itu, dia pun menghasilkan pomade dengan mengandungi ramuan rahsia nenek moyangnya.

Kemudiannya Leanna mengembangkan perniagaannya dengan pelbagai lagi produk berkaitan penjagaan rambut sehingga berjaya menjana pendapatan sebanyak $100 000 setahun dan mengumpul keuntungan bersih melebihi $ 3 Juta.

Gadis ini juga berjaya menubuhkan sebuah yayasan kebajikan iaitu Leanna Archer Education Foundation bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan asas seperti pendidikan dan yayasan ini telah membantu  hampir 200 kanak-kanak di Haiti setiap hari.