Ini Fungsi Button 'Shift Lock' Pada Kereta Auto Yang 90% Pemandu Tak Tahu, Rupanya Elak Kereta Dari...
# Gaya Hidup

Ini Fungsi Button 'Shift Lock' Pada Kereta Auto Yang 90% Pemandu Tak Tahu, Rupanya Elak Kereta Dari...

post by Nazatul

by Nazatul

Jun 17, 2018
pada 5:35 PM

Bila beli kereta ni tak fikir banyak pun, asalkan boleh jalan, tahu dekat belah mana tangki isi minyak, mana butang nak on/off radio dan signal belah kanan ke kiri, itu je. Alah, tak payah tipu lah sebab ada yang perangai sebegini, betul tak?

Okay kita tak payah sentuh pasal timing belt, drive shaft, bearing semua tu sebab kali ni nak sentuh pasal satu benda yang simple tapi tak ramai yang tahu apa fungsinya.

Kepada pemandu kereta automatik, perasan tak dekat bahagian gear ada button "shift lock"? Ke korang tak pernah nak perasan atau tak ambil tahu pun? Okay apa sebenarnya fungsi "shift lock" ni? 

 

Apa sebenarnya fungsi shift lock?

Kalau korang nak tahu, shift lock adalah satu ciri keselamatan baru yang wujud pada kereta yang menggunakan transmisi automatik. Ianya diwujudkan atas terlalu banyak kes kecuaian yang berlaku kepada pemandu kereta automatik ini iaitu pemandu panik kenapa kereta tak boleh nak start.

Memang lah tak boleh start sebab kereta dimatikan dalam gear D atau R. Satu lagi kes yang biasa terjadi adalah di mana, pemandu tersalah matikan kenderaan dalam gear N dan bukannya P. Bila start enjin terus tarik gear ke D dan bukannya R mengakibatkan kemalangan terjadi kerana kereta bergerak ke hadapan.

Fungsi shift lock ini adalah untuk melepaskan transmisi kereta daripada P. Dalam situasi tertentu, korang perlu letakkan kereta dalam gear N sebagai contoh bila kereta perlu ditunda dan memang memerlukan korang untuk gunakan butang shift lock ini. Tak berapa tahu cara untuk menggunakannya? Ikut sahaja langkah-langkah di bawah:

 

Matikan enjin kereta dalam gear P

 

Cabut kunci kereta seperti biasa

 

Tekan butang "shift lock" dan jangan lepaskan. Pada masa sama, tarik tombol gear

 

Ubah ke gear N dan selepas itu lepaskan butang "shift lock"

 

Lepaskan break tangan dalam keadaan free

Cuba tolak kereta korang untuk pastikan ianya berada dalam kedudukan gear Neutral (N)

*Sumber: Pandu Laju