Ini Rupanya Soalan Yang Ditanya Oleh Recruiter Bila Mereka 'Call' Reference Untuk Buat Semakan
# Pengetahuan Interview

Ini Rupanya Soalan Yang Ditanya Oleh Recruiter Bila Mereka 'Call' Reference Untuk Buat Semakan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Nov 14, 2017
pada 4:27 AM

Kebiasaannya bila pergi temuduga, peringkat yang paling akhir adalah peringkat yang paling crucial. Dan peringkat akhir yang dimaksudkan adalah di mana interviewer akan menghubungi pihak rujukan atau reference yang diletakkan di dalam resume masing-masing. Ramai daripada calon yang menganggap punca kegagalan untuk mendapatkan kerja adalah disebabkan oleh feedback yang diberikan oleh individu yang dijadikan sebagai reference.

Mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya soalan yang sering ditanya oleh interviewer setiap kali mereka menghubungi pihak reference, kan? Betul ke mereka antara punca kenapa korang tak dapat kerja tu? Seorang individu yang juga merupakan seorang recruiter kongsikan antara 3 soalan yang seringkali ditanya setiap kali dia menghubungi pihak rujukan bakal calon pekerjanya.

 

1. Bagaimana Anda Kenal Dengan Calon?

Nampak macam soalan cliche, tapi inilah soalan yang sering ditanya oleh recruiter setiap kali perlu menghubungi pihak rujukan. Menurutnya, dia suka memulakan sesebuah perbualan dengan mendalami latar belakang pihak rujukan terlebih dahulu. Bila dah tahu hubungan antara mereka, barulah dia boleh dapatkan gambaran kenapa reference terdahulu pernah mengambil calon tersebut bekerja dengannya sebelum ni.

Mungkin ramai yang ingat soalan ni seakan-akan terlalu remeh untuk ditanya. Tapi bagi recruiter ni, soalan ini penting untuk ditanya sebagai permulaan perbualan.

 

2. Apa Perasaan Sepanjang Bekerja Dengan Calon?

Semasa menjadi recruiter, ada dua perkara yang dicari semasa menghubungi reference. Pertama, recruiter ingin mengetahui bagaimana feedback reference sepanjang bekerja dengan calon. Kedua, recruiter ingin memastikan yang calon bukanlah seorang psychopath. 

Dari jawapan reference, recruiter ni boleh tahu sama ada jawapan yang diberikan oleh reference scripted ataupun sebaliknya. Kalau jawapan yang diberikan positif, ini akan memberi keyakinan yang lebih kepada recruiter untuk membuat keputusan yang lebih tepat.

 

3. Apa Yang Ingin Dicapai Oleh Calon Sewaktu Kerja Dulu?

Menurut recruiter, dia takkan tanya sekiranya reference tersebut adalah bekas rakan sekerjanya. Tapi kebanyakan calon takkan beri nama rakan sekerja untuk dijadikan sebagai rujukan. Dan selalunya susah untuk dapatkan jawapan dari soalan macam ni. Reference juga selalunya akan berikan jawapan puji-pujian kepada calon seolah-olah 'ruginya kalau tak ambil calon ni bekerja!' Bila dapat jawapan macam ni, recruiter ni akan twist soalan sehingga reference tersedar dan kata, ''Oh, I really wish I had thought about that.”

 

Untuk pengetahuan semua, sekiranya recruiter meminta nombor rujukan reference untuk dihubungi, calon tak perlu panik sebab ini merupakan salah satu hint yang korang bakal mendapat kerja tu. Cuma, recruiter masih berbelah bahagi sama ada korang ni calon yang layak untuk diambil bekerja atau sebaliknya. Kesimpulannya, jangan terlalu overthinking. Kalau korang betul-betul layak, recruiter akan terus panggil korang bekerja tanpa perlu menghubungi pihak rujukan.