Ini Sebab Kenapa Kena Kira Anak Dalam Kereta Selepas Berhenti RnR...
# Trending Semasa

Ini Sebab Kenapa Kena Kira Anak Dalam Kereta Selepas Berhenti RnR...

post by sofea

by sofea

Aug 20, 2018
pada 1:00 AM

Bila ada anak, tanggungjawab jadi makin besar, hampir semua perkara kena bagi perhatian atau benda yang tak diingini mungkin berlaku. Salah satu kesnya adalah seperti yang dikongsikan di Twitter oleh @OhhB_. 

"Bila ada anak terlalu ramai, pastikan semua betul-betul dah masuk dalam kereta. Ini adalah apa yang terjadi masa aku dalam perjalanan ke Ipoh."

 

"Kisahnya bermula masa aku dalam perjalanan ke Ipoh hari ni dan aku terpaksa stop sekejap sebab nak buang air, jadi apa yang berlaku adalah aku berhenti..."

"...dekat RnR Tapah.. Aku parking kereta untuk ke tandas. Terpaksalah aku bersabar walaupun kena beratur panjang. Masa tengah beratur ni jugalah aku terperasan ada 3 orang budak kecik tengah duduk dekat kerusi berdekatan dengan toilet. Aku pun teruskan niat ke tandas, dan bila keluar, budak-budak ni masih ada kat situ. Aku pun pergi kat diorang dan..."

"...tanya diorang 'Korang tunggu siapa ni? Mana mak ngan ayah?'"

 

"Diorang pun jawab 'Kitorang tunggu ayah dengan ibu... tadi diorang pergi tandas, kitorang pergi beli jajan, keluar terus hilang dah.'"

 

"Aku pun tanya 'Ok ingat tak kereta park dekat mana?'"

 

"Diorang kata 'Kereta Vellfire! Tapi sekarang dah tak ada.'"

"Lepas 4 kali call baru parents budak-budak ni angkat phone."

"Ya Allah! Anak aku 3 orang!"

"Aku suruh budak-budak ni masuk dalam kereta untuk jumpa parents."

"Kalau I nak duit, I dah jual anak-anak yang comel ni tadi..."

Bayangkanlah kalau yang jumpa tu orang tak jujur? Harapnya lepas ni, ibu bapa lebih peka pasal anak-anak terutama masa tengah berjalan-jalan di luar. Macam-macam jenis orang wujud kat dunia ni. Atau ikut je nasihat lelaki ni, buat namelist macam kat sekolah untuk cek satu-satu. 

Sumber: @OhhB_