Inilah Anak Melayu Pertama Yang Berjaya Dinobatkan Anugerah Tertinggi ACCA!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Inilah Anak Melayu Pertama Yang Berjaya Dinobatkan Anugerah Tertinggi ACCA!

post by Aisya

by Aisya

Feb 18, 2018
pada 8:28 AM

Siapa student accounting yang amik paper ACCA ni tau lah 'setengah mati' nak lulus, apatah lagi nak score. Ok, ACCA ni adalah stands for Association of Chartered Certified Accountants.

ACCA mempunyai 14 paper kesemuanya dan ianya ditawarkan di universiti swasta dan awam. Ia boleh di ambil selepas korang menduduki peperiksaan SPM ataupun selepas Ijazah. Ia juga merupakan salah satu sijil professional akaun. 



Malah baru-baru ni kita telah digemparkan dengan kejayaan seorang anak jati Kampung Tok Raja, Jertih yang memiliki kelulusan daripada Kolej Intec, Kuala Lumpur itu mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner dalam ACCA yang diumumkan baru-baru ini.

Apa yang menariknya, kejayaan itu telah menobatkan dia sebagai anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus. Sebelum ini, kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh beberapa anak Melayu ialah tempat kedua, ketiga dan keenam bagi tempoh 2015 hingga tahun lepas.

Bukan tu je, malah dia jugak telah membuktikan yang anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut. Bila ditanya tentag rahsia kejayaannya, Wan Nur Mafudah memberitahu yang dia belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminya kepada orang lain.

"Saya amat meminati mata pelajaran Matametik sejak sekolah rendah lagi termasuk bidang perakuanan dan kejayaan ini membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang ini dengan syarat belajar bersungguh-sungguh."