iPhone 9 Bakal Dijual Pada Harga Bawah RM2,000 Tahun Hadapan - Apple
# Trending Semasa

iPhone 9 Bakal Dijual Pada Harga Bawah RM2,000 Tahun Hadapan - Apple

post by Ehsan

by Ehsan

Dec 10, 2019
pada 4:45 PM

Apple dikatakan bakal mengeluarkan model mampu milik seawal Mac tahun hadapan melalui model Apple iPhone 9. Bakal ditampilkan sebagai generasi kedua iPhone SE, model terbaru ini dikatakan bakal ditawarkan dengan processor yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic.

Dari segi rekaan, difahamkan Apple iPhone S9 bakal menggunakan kerangka iPhone 8 bagi mengekalkan ciri telefon pintar bersaiz kecil. Dalam erti kata lain, model ini bakal hadir dengan saiz skrin 4.7-inci. Fungsi TouchID antara yang tersedia pada model ini.

Menurut Ming-Chi Kuo daripada Mac Rumors, Apple iPhone 9 dijangka mula ditawarkan dengan harga serendah $399 (RM1,670.01) untuk ruang storan 64GB.

Harga yang diumumkan berdasarkan ura-ura ini pada kami dilihat begitu rendah memandangkan iPhone 8 yang ditawarkan kini dengan processor Apple A11 sahaja menjangkau RM2,199. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Apple mahu kurangkan kos dalam meningkatkan penjualan iPhone 9 yang dilengkapi processor Apple A13.

Model terbaru iPhone ini dijangka bakal diperkenalkan kepada umum seawal Mac ini. Difahamkan model-model ini hanya ditawarkan di beberapa negara terpilih. Harapnya Malaysia dipilih sebagai antara negara yang menawarkannya melihatkan jumlah pengguna iPhone yang ramai.

Sumber

>>TEKAN POSTER DIBAWAH UNTUK PERMOHONAN KERJA KOSONG 2020<<