Jangan 'Skip' Tips Basic Cara Guna Microsoft Words Ni, Berguna Untuk Tulis Report Atau Buku!
# Pengetahuan Pekerja

Jangan 'Skip' Tips Basic Cara Guna Microsoft Words Ni, Berguna Untuk Tulis Report Atau Buku!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 13, 2018
pada 12:04 PM

1. Pengenalan

Pasti anda semua tahu apa itu Microsoft Words dan tak kira lah di mana anda belajar dan di peringkat apa pun (SPM ke STPM ke Diploma ke Degree ke) pasti akan membuat report menggunakan Words. Ya memang betul, Words ni sebenarnya alat yang sangat ‘powerful’ kerana di alam pekerjaan pun anda akan menggunakannya. Jadi mari kita belajar sama-sama tentang basic-basic yang perlu anda mahir, AT LEAST!!

 

2. Format

Ok first skali mestilah set up format dulu kan kalau tak nanti report tak kemas hehe. First kita pergi ke Layout> Margins> Custom Margins > Left 3.5cm, Right, Top, Bottom 2.5cm.

Ok second, dalam report kita mesti ada bahagian2 tertentu kan seperti Tajuk, Chapter 1, Chapter 2 dan bla bla bla. Jadi sebelum kita mulakan penulisan report adalah digalakkan apa yang kita nak tulis dalam report. Kena fikir dan listkan dulu. Kalau dah tahu, jom kita buat ‘Style’. Bawah setiap bahagian pasti ada isi2 ataupun contents kan jadi kita buat style contents dulu.

 

Right click style ‘Normal’ > Modify

 

Set seperti gambar di bawah Font: Times New Roman, Size: 12, Justify, 1.5 spacing, Colour: Black

 

Sekarang anda dah ada style contents (pergh macam Naruto pula dapat belajar jurus ninja).

 

Seterusnya, kita nak create style yang lebih besar iaitu CHAPTER. Cara dia macam ni haaaa:

Pergi ke Style Bar tu. Nampak tak ada arrow kembar? Click dan pilih “Create a Style” (Hehehe kita belajar jurus yang baru pulak). Satu kotak akan muncul dan anda perlu namakan jurus ninja anda yang baru errrr bukan, nama style yang anda nak contohnya ‘Chapter 1’ lepas namakan jangan tekan ‘ok’ dulu tekan ‘Modify’.

Haaa di sini anda perlu setting ikut yang standard.

 

Rujuk gambar.

 

Ok guys, sekarang ni kita dah pandai create style jadi saya cadangkan kita plan dulu apa subjek dan content yang kita nak masukkan dalam report. Ini hasilnya (tadaaa):



 

Haaaaa ikut macam atas ye ini yang standard kalau ada kiteria lain boleh setting sendiri lah ye hehe.

 


 

3. Ruler & Page Break

Ok guys ini pun bahagian yang penting ye selalunya kalau kita nak samakan kedudukan suatu perkataan dengna perkataan lain mesti kita akan space, space, space je kan? Ish ish ish jangan begitu dong. Mari kita belajar ‘Ruler’ haaaa mula2 pergi ‘View’ dan tick ‘Ruler.'

 


Haaaa benda ni akan keluar dekat atas page anda

 

Jadi apa guna Ruler atau Pembaris ni? Bukan pembaris yang lagi satu tu ye hehehe. Ok nampak tak huruf ‘O’ daripada ‘Ok guys’ tu? sekarang kita nak samakan kedudukan ‘O’ dengan ‘R’ daripada perkataan ‘Ruler’ jadi apa kita buat?

 

 Kita gunakan cursor ruler di bawah:

Klik depan ‘O’ bagi ada cursor mouse depan ‘O’ dan tarik ruler atas tu bagi line putus2 tu selari dengan perkataan ‘R’
 

Ok sekarang ni muka surat 1 dah penuh tinggal sikit lagi je tempat kosong dan anda nak mula menulis di muka surat yang baru jadi adakah anda akan enter enter enter sampai ke page baru? Ini ramai yang buat dan it is a big NO (best gak kalau layan lagu Apink – no no no ni).

Apa yang perlu anda buat adalah dengan click mouse pada huruf terakhir di muka surat terakhir dan ‘Insert Page Break’ dan tadaaaa anda telah di teleport ke page baru kan senang tak perlu spam enter enter enter.

 


 

4. Penutup

Akhir kata dari saya, kemahiran Words ini sangat luas dan perlukan minat untuk diterokai. Kalau takt ahu boleh tengok Youtube tapi kadang2 susah juga sebab takt ahu nk taip apa kan kat Youtube atau Google. Jadi kita kena luangkan sikit masa untuk kaji ilmu Words ni. Saya juga belajar sendiri Words ni dan rujuk video dan tanya orang.

Words ni sangat penting sebab kalau report kita Nampak kemas dan teratur, lecturer atau boss anda pun suka tengok. Hal ini juga dapat mencerminkan bahawa anda seorang yang organize jadi bila buat report tu buat lah dengan sepenuh hati dan ikhlas (macam saya tulis artikel ni ler hehe).

Sampai sini sahaja saya tulis semoga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak netizen2 di luar sana yang ingin belajar. Yang kurang itu daripada saya dan yang baik itu daripada Allah S.W.T.

Kejap kejap saya nak tunjukkan hasil yang boleh anda semua dapat kalau memahirkan basic2 di atas semoga ini dapat memberi dorongan untuk kita semua menghasilkan report yang bagus kerana kita pun akan rasa puas hati dengan usaha kita betul tak. Sekian terima kasih.


 

Artikel oleh: Mohd Zhafri Bin Suhaimi