Kalau 5 Jenis Kelakuan Ini Majikan Buat Masa Interview Depan Mata Korang, Baik Jangan Ambil!
# Pengetahuan Interview

Kalau 5 Jenis Kelakuan Ini Majikan Buat Masa Interview Depan Mata Korang, Baik Jangan Ambil!

post by Izuan

by Izuan

Feb 18, 2017
pada 4:57 AM

Rasanya memang dah banyak kali kami kongsikan mengenai 'toxic culture' yang wujud dalam segelintir syarikat, bukannya apa tujuan kami hanya mahukan yang terbaik kepada jobseeker diluar sana agar tidak hanyut dalam tekanan kerja yang melampau.

Mungkin bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam dunia kerjaya sudah tahu, tapi bagi graduan muda yang sedang ketagih meraih pekerjaan, mereka mudah terjebak dengan masalah ini.

Disini ada beberapa lagi tips lain yang korang patut tahu jika sesebuah syarikat itu ada masalah dalaman, selain daripada info-info yang pernah kami kongsikan sebelum ini. 

1. Terlalu Ramai Pendatang Baru Dalam Syarikat

Terlalu ramai calon lain yang datang untuk menjalani sesi interview, dan majikan sendiri baru bekerja disitu. Jika, syarikat yang melakukan perkara sedemikian bukan satu syarikat baru. Ini bermaksud satu petanda buruk jika anda terima tawaran mereka. 

2. Staff Dimarahi Boss Depan-Depan Calon

Tak tahulah mungkin sikap boss itu panas baran atau pekerja tersebut memang jenis 'slow'. Tapi, memarahi staff bawahan di depan mata pendatang baru adalah satu kelakuan yang sangat amatur dan tak beradab. Pendek kata, boss tu awal-awal lagi dah pecah temberlang, masih nak kerja disitu?

3. Penjelasan Majikan Yang Kurang Jelas

Dalam iklan kerja, korang tak faham apa tanggungjawab kerja yang korang kena lakukan, dalam interview makin kusut apabila majikans endiri memberi penjelasan yang berbelit-belit. Sebenarnya dia sendiri tak faham apa yang korang perlu buat. 

Seperti yang kami jelaskan tadi, mungkin majikan itu sendiri baru kerja atau diluar bidang tugas majikan ( datang daripada department lain). Ada kemungkinan juga, sebanarnya korang akan dikerah untuk melakukan semua kerja.

4. Majikan 'Overpraises' Syarikat Mereka

Mereka janjikan bahawa korang tak perlu melakukan kerja banyak, intensif lumayan dan pelbagai janji yang tidak realistik jika mencapai sasaran yang mustahil dicapai. Mungkin mereka yang dah berpengalaman luas tahu menilai prestasi mereka, tapi bagi graduan muda pula mungkin mudah 'terjerat, dan akhirnya menyesal dikemudian hari.

Ada segelintir majikan yang bagus akan bercakap secara jujur. Misalnya, dalam iklan mereka akan terang-terang menjelaskan "boleh bekerja dibawah tekanan", "sanggup bekerja di waktu cuti bila perlu" dan sebagainya disebalik manfaat yang berbaloi mereka sediakan.

5. Majikan Sendiri Terpinga-Pinga Bila Ditanya Semula

Bila buka sesi soal jawab antara calon dan majikan mengenai kerja, majikan pula yang tergagap-gagap seperti mengalahkan calon. Lain ditanya, lain dijawab ataupun cuba sedaya upaya untuk elak menjawab soalan yang diajukan oleh calon.