Kaunter LHDN Seluruh Negeri Dibuka Hari Minggu Bagi Proses E-Filing
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kaunter LHDN Seluruh Negeri Dibuka Hari Minggu Bagi Proses E-Filing

post by Aisya

by Aisya

Apr 24, 2018
pada 5:42 AM

Kaunter perkhidmatan e-Filing dan bayaran cukai di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara akan beroperasi pada hujung minggu ini.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor yang hujung minggu jatuh pada Jumaat dan Sabtu, kaunter dibuka pada 27 dan 28 April manakala bagi negeri yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, kaunter akan dibuka pada 28 dan 29 April mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, waktu operasi akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang dan kaunter akan dibuka pada hujung minggu bagi membantu pembayar cukai yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) menggunakan e-Filing.

Moga korang yang membayar cukai ni dapat menggunakan kemudahan yang telah disediakan dan memastikan BNCP dikemukakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan diberi tambahan masa sehingga 15 Mei depan untuk mengemukakan borang BE atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.

Manakala pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan pula diberikan tambahan masa sehingga 15 Julai untuk mengemukakan Borang B atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.

Jika korang mempunyai sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi terus LHDN di talian 1-800-88-5436.