Kehebatan Cara Memohon Kerja Melalui Email Untuk Internship
# Pengetahuan Pekerja

Kehebatan Cara Memohon Kerja Melalui Email Untuk Internship

post by Izuan

by Izuan

Feb 9, 2023
pada 2:29 PM

Cuba korang tengok kehebatan ayat permohonan kerja melalui email untuk internship yang calon ini tulis sampai membuatkan CEO sendiri untuk respon!

Biasanya kalau kita nak minta kerja mahupun laihan industri melalui email, mesti kita akan lampirkan sekali cover letter kepada majikan. Disinilah senjata utama untuk kita menarik perhatian majikan baca resume kita, banyak calon yang memohon pekerjaan terutamanya graduan muda memandang enteng terhadap cover letter ini sehinggakan hilang adab dalam memohon kerja melalui email. 

Boleh dikatakan satu dalam seribu majikan menerima cover letter yang betul-betul sempurna dan penuh dengan segala isi kandungan yang padat dan mantap. Cara yang penuh beretika dan penggunaan bahasa yang beradab menyebabkan Ir Meor Shamshir cukup terpukau dengan cara pelajar ini. Jadi, baca contoh cover letter yang dikarang oleh calon ini untuk rujukan anda bila memohon kerja nanti. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Kematangan Dalam Mempersembahkan Ayat-Ayat Permohonan Kerja Melalui Email Untuk Nampak Meyakinkan

 

SOFT SKILLS


Budak UTP memang tidak pernah mengecewakan saya sama ada semasa memohon untuk latihan atau pun bekerja.
Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan.
Daripada pengalaman, apabila mereka ini diambil sebagai pembantu, dalam banyak keadaan, mereka akan menjadi pembantu yang bijaksana. 

Reply daripada majikan pun 'win'!

Cuma, part resume tu agak ralat sikit. Dua muka surat dan apabila dia 'pdf' kan resume dia, jadi 3 muka surat. Muka surat last tu kosong. Mungkin terlebih 'enter' semasa diedit dalam Words sebelum di 'pdf' kan.
Anyway, kesempurnaan adalah milik Allah swt. Sometimes you get it right, sometimes you'll have to keep learning. 

 

Permohonan segera bagi jawatan kosong Graphic Designer dan Accounting!